MASA BERCUCU BERSAMBUNG

SAMBUNGAN 2 daripada ARTIKEL Puas Mengemas, Cucu dicari.

17 Julai; Selasa

MASA DENGAN CUCU BERSAMBUNG

Semalam Kak Long memaklumkan bahawa dia kena hadir kursus di Ipoh selama dua hari. Ini bermakna Hannah akan ke rumah pengasuh dan Haziq seorang yang akan menguruskannya selama dua hari tersebut. Kami mengambil keputusan untuk ambil Hannah bersama kami ke Cameron Highlands kerana rasa janggal kami bertiga di C.Hglds sedangkan mereka bersusah. Sebagai pesara, aku mempunyai masa yang fleksi dan tidak perlu terikat dengan jadual. So, Yeyyy.. Haannah.. Cameron Highlands kita...

Satelah Kak Long dah Haziq berlepas ke sekolah masing-masing, kami pun bersiap. Takkan breakfast Char Kuey Tiau lagi. Lagipun Pekan Gerik melawan arus perjalanan kami. Jadi kami ambil keputusan melalui Kuala Kangsar, bandar yang nostalgik bagiku kerana aku pernah belajar di sana, Kolej Melayu Kuala Kangsar pada pertengahan Tahun 70’an.

KUALA KANGSAR

Kami keluar dari Jalan FT76, Gerik – PLUS dan memasuki FT01 ke Kuala Kangsar. Sambil memandu mindaku bertanya-tanya, kat mana nih, kat mana nih? Suasana sudah jauh berbeza daripada zaman persekolahan dahulu. Maklumlah sudah lebih 40 tahun berlalu. Kalau dahulu cam jalan dari Kolej ke Stesyen Keretapi sahaja kerana itulah jalan lazim untuk pulang bercuti di kampung halaman. Kawasan selain dari pusat bandar adalah “Out-of-Bound. Hiruk pikuk, telatah dan pelbagai karenah minda-minda hiperaktif ini memang melucukan dan menyegarkan ingatan. Tak kurang jugak yang presentaka perasan.

And The Big House is still standing,
And the paint still white endearing,
There's the Big, Big Tree we used to shout under,

Down the road I walk with my sweet wifey,
Tudung of flowers so fresh in design,
It's good to see the green, green grass of eMC..

Yess, that's the College we used to walk to,
Dr Hammer with his chemistry,
Mr Dick teaching physics,
And Mr. Loo... aaahh so unforgettable,
It's good to touch the wall, wall of my College.
Oh Kolej Melayu, 
Harapan Bangsaku,
Dengan semangat yang Cemerlang,
Harumlah namamu..........(ehh..masih ingaaat sangat lagi) 

Kuala Kangsar

Daru situ kami ke Pekan Kuala Kangsar. Semuanya sedah berubah. Yang tinggal daripada asal hanyalah Clock Tower yang menjadi mercu tanda Bandar Kuala Kangsar. Kedai makan berhampiran dengan menara jam ini yang menjadi port budak Kolej juga sudah tiada. Kedai Pak Hassan (Mahaguru Silat) di seberang jalan yang lebih baharu juga sudah tiada. Semua kedai-kedai makan tersebut memberi laluan kepada pembangunan semula pusat bandar berwajah baharu.

Kawasan tepi sungai sudah dibangunkan menjadi kawasan tarikan pelancong. Ia juga menjadi port orang-orang tua yang duduk-duduk bersembang di sekitar kawasan. Mungkin baru selesai ber Tai Chi atau joging. Oleh kerana perut sudah lapar, kami berhenti di kawasan kedai makan yang kebanyakannya kelihatan kurang sambutan. Kami pergi ke satu dari warung yang tampak agak ramai juga pelanggan, menjual pelbagai menu pagi termasuk mee hailam. Bila kami tanya, rupanya memang kedai Cina Muslim. Kemudian kami ke Jeti bagi meninjau keadaan sambil memukul gambar.…. Hohohoho.. Maaflah dehh. Ekspresi rakam gambar cara Kelantan.

JALAN KE CAMERON HIGHLANDS

Puas sudah di KK, kami pun bertolak naik ke Cameroh Highlands melalui Simpang Pulai. Kerosakan alam sekitar akibat aktiviti kuari amat dikesali. Jalan naik ke tempat peranginan terbesar di Malaysia ini dicemari dengan debu-debu dari aktiviti kuari termasuk pengangkutan yang tidak terkawal. Di mana agaknya JAS yang mempunyai pelbagai Akta bagi mengawal aktiviti ini. Lori-lori yang naik ke jalan raya dari dalam kawasan kuari sepatutnya dibersihkan tayar terlebih dahulu. Ini tidak berlaku atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Di tengah jalan berhampiran Pos Slim terdapat kawasan bukit yang telah ditarah dan perkuat dengan teknologi Reinforced Earth. Paip-paip air dari dalam tanah potong di keluarkan hujungnya ke permukaan lereng yang telah disimen untuk membolehkan air dari dalam kawasan tambakan keluar sebelum dapat melemahkan struktur tanah. Dari paip-paip ini keluar air yang jernih dan kelihatan beberapa buah kereta berhenti dan pemandunya menadah air di dalam botol plastik. Agaknya untuk dibuat air mineral. Aku pernah menadah air ini dan menyimpannya kerana tidak berani minum begitu sahaja. Air tersebut kekal bersih tanpa keladak walaupun berbulan disimpan.

Kami masuk ke Brinchang melalui Kg Raja. Tidak sah kalau tidak berhenti menjamu selera Tea and Scones di Bharat Tea House Kuala Terla selepas Kg Raja. Tea and Scones adalah favourite ku di C.Hglds.

Hannah pun seronok kerana sudah lama di dalam kereta. Tea House ini terletak di kawasan Ladang Teh Boh Kuala Terla. Dahulunya teh yang dihidang bersama scones adalah dalam bentuk Tea Pot dengan susu dan gula berasingan untuk dicampur mengikut citarasa pelanggan. Sekarang ini ianya adalah dalam bentuk teh tarik. Rasanya terlalu manis. Dulu lain, sekarang lain…. Sayang sekali.

HOMESTAY DI TAMAN SEDIA

Dari Tea House kami terus ke Taman Sedia, melepasi Pekan Brinchang di mana kami bercadang untuk ambil Homestay. Selalunya kami tinggal di Hotel dan kali terakhir di IRIS Hotel Brinchang. Walaubagaimanapun satelah melihat kenyamanan keadaan di Taman Sedia yang rata-ratanya Melayu; suasana melayu di Cameron Highlands dan Homestay menarik yang pada masa itu sedang diubahsuai, kami bercadang untuk mencuba nasib di sana. TINY BOUTIQUE HABITAT, itulah namanya tempat idaman isteriku. Bunyi macam Hobbit Village. Alhamdulillah ada bilik yang sesuai untuk kami bertiga bersama Hannah. Harga RM155 offer katanya. Jadi RM310 untuk 2 malam.

Hannah nampak hepi melihat bunga-bungaan yang ditanam di perkarangan Habitat berkenaan. Kami menyewa satu bilik sahaja dan 2 bilik lagi dibiarkan kosong. Jadi 2 bilik air dan kawasan lepak di luar bilik di bawah attic adalah untuk kami selama 3 hari 2 malam ini. Oleh kerana tidak tahu kat mana tempat makan yang sesuai kami ke tempat biasa di Pekan Brinchang. Jam pukul 3:45pm. Ianya tidak mengecewakan… Sedaplah tuhh

Hannah pun tidak buat apa-apa perangai, hepi sahaja. Dia hepi kami pun hepilah.

Kelihatan kedai-kedai kebanyakannya tutup. Mereka tutup isnin, selasa kah kami bertanya sesama sendiri. Manalah tahu untuk menggantikan Sabtu dan Ahad yang meriah di Pekan Brinchang dan pasar-pasar membeli sayuran dan buah-buahan. Petang nanti kami bercadang untuk ke Pasar Malam Brinchang yang tersohor itu. Ianya sekarang sudah beralih ke Tanah Rata untuk mengelak kesesakan pada Pekan Brinchang yang mengganggu lalu-lintas. Jadi kami turun ke Tanah Rata dahulu.

TANAH RATA

Kami lihat satu keluarga Arab berpurdah galak melayan anak mereka bermain skate board dan asyik ber wefie. Seronok sungguh nampaknya mereka di Malaysia ini yang agak terbuka berbanding dengan tempat mereka. Kita ada banyak tempat untuk keluarga bermain dan bersuka ria dalam keadaan terbuka. Alhamdulillah.

Kami takkan nak biarkan Arab ni bersuka ria mengawal Taman Permainan Tanah Rata ni kan? Jadi ikut sama jugalah bermain jongkang jongkit..

Satelah agak petang, kami pun ke Pasar Malam Brinchang. Aku terbanyang gorengan kulat, sayur yang rangup dan menyelerakan. Teringat juga Teh Ais Spesial yang memang best sangat. Alangkah kecewanya kami bila mendapati bahawa Pasar Malam hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Pada hari kerja ianya adalah TUTUP, GETTIT?? Ayyyoooooo…..

Mana mau pergi nih? Kami cuba ke tempat asal di Pekan Brinchang. Biasanya adalah jugak dua tiga khemah yang menjual gorengan. TIADA. Terpaksalah kami ke Pasar KEA. Adalah satu warung yang menjual gorengan. Bolehlah buat pengubat rindu. Apa nak buat. Itulah dinner kami. Nak makan dinner masakan panas, rasanya masih kenyang lagi. Belilah burger dan roti buat pengalas perut jika lapar pada waktu malam nanti.

18 Julai; Rabu

TAMAN SEDIA

Selepas solat subuh, aku dan In keluar untuk menikmati suasana pagi di Cameron Highlands. Mama Chu sedang enak dilitupi selimut. Tak mahulah ganggu dia. Eloklah dia kat Homestay bersama Hannah. Seperti biasa tempat mencari sunrise adalah jalan ke Palas Boh Plantation. Ada satu spot di situ yang selalu ada pelancong-pelancong dengan pelbagai jenis kamera merakam gambar sunrise. Kali ini suasana adalah redup berkabus dan tidak menampakkan fenomana tersebut. Whattodo… Ada rezeki, tak ada rezeki, itu semua ketentuanNya.

Ada satu pasang India datang bertanya samada kami dapat rakam sunrise semasa kami bersiap hendak turun. Dia bercakap dalam Bahasa Melayu yang baik, Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan. Jadi janganlah masuk gear go-stan pula. Sepatutnya kita perkasakan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di dalam tuturkata dan perhubungan sesama rakyat Malaysia.

Sebelum masuk ke homestay kami singgah ber roti canai dan nasi lemak di Pekan Brinchang. Jam sudah hampir 9.00pg. Bila aku telefon Mama Chu, dia bagitahu sudah bangun. Hannah juga sudah bangun. Time to go back..

Rabbit sudah keluar. Hannah suka sangat dengan rabbit. Pada mulanya dia takut. Selepas Mama Chu pegang tangan dia dan tarik untuk jamah rabbit, dia dah rasa seronok. Selepas itu dia asyik petik bunga nak tabur ke atas rabbit. Hannah ada inklinasi terhadap binatang. Dia suka dan asyik bila dengar suara-suara binatang.

Kami ambil peluang berjalan di sekeliling Taman Sedia. Tiny Habitat berada diseberang jalan dengan Ladang Strawberi alMashhor.

Selepas berjalan-jalan kami singgah di ladang strawberi bersebelahan dengan alMashhor untuk makan pagi. Hannah tak mahu makan apa-apa kecuali strawberi dan coklat. So, chocolate strawberry breakfast lah dia. Tengok dia makan sudah seronok.

Sekarang rasanya sudah tidak tahu nak merayau kat mana lagi dah. Semua tempat kami sudah pergi di masa lepas. Tea and scones lah pulak… Jadi kami ke Tea House selepas Pekan Tanah Rata pulak. Semalam sudah merasai tea and scone di Kuala Terla. Hannah sudah KO, jadi kami letakkan dia di atas meja. Seperti semalam, tea adalah berbentuk teh tarik.

CACTUS HOUSE

Selepas Tea House, kami turun ke Ringlet dan naik semula melewati Pekan Brinchang ke Cactus House. Boleh tergamam menengokkan pelbagai jenis cactus yang ada di sini, dari yang bersaiz gergasi kepada yang kerdil, miniature. Ada bermacam bentuk duri dari yang runcing tajam kepada jenis seolah seolah kapas menyelubungi badannya. Pelbagai warna cactus ada selain dari yang standard berwarna hijau. Bagi peminat cactus, ini adalah syurga. Yang menjadi persoalan adalah samada cactus ini mampu bertahan di bawah sana dengan cuaca dan suhu yang jauh berbeza dari Cameroh Highlands. Mama Chu sempat membeli beberapa cactus berspesis baby. Katanya tiba-tiba minat nak memelihara cactus.

BEE FARM

180718n 156 Bee Farm_resize

Dari Cactus House kami ke Bee Farm pula. Ini adalah kali pertama aku masuk ke Bee Farm. Sebelum ini tidak berminat. Tempat ini bertingkat-tingkat dan tempat belaan lebah adalah di bawah sekali. Tersergam papantanda tidak bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang mungkin terjadi ke atas pelawat.

Pada aras LG terdapat kaunter menjual pelbagai jenis madu. Pekerja yang menjaga kaunter fasih berbahasa Arab dan kedengaran dia lantang menyapa pengunjung Arab dengan gaya bahasa Arab yang agak pekat. Fuhh.. hebat Minah ni. In bertanya di mana dia pandai berbahasa Arab. Rupanya beliau bersekolah Arab di Indonesia dan sudah agak lama juga berada di sini.

Aku, Mama Chu dan Hannah turun ke Bee Farm. In tidak larat turun kerana lututnya yang kurang mengizinkan. Pandai sungguh pengusaha Bee Farm ini menggunakan aras untuk memaksimakan ruang. Ruang yang tampak terhad menjadi begitu luas dengan kreativiti menggunakan lereng bersesuaian dengan perusahaan ini. Patung-patung lebah cantik menghiasi suasana. Pada satu ketika aku agak panik kerana lebah datang mengekori. Risau kerana membawa Hannah ke situ.

180718n 158 Bee Farm_resize

Lawatan ke sini adalah satu pengalaman yang unik dan juga membawa kesedaran bahawa dengan kreativiti, manusia mampu menjana pemakanan yang asalnya adalah secara asli dari hutan menjadi satu ternakan. Memang benarlah manusia itu adalah Khalifah Allah di Muka Bumi. Janganlah kamu membuat kerosakan, tapi suburkanlah bumi dan usahakan untuk kebaikan manusia dan se isi alam.

Memandangkan Hannah belum makan nasi kerana tidur di Tea House tadi, kami ke Food Court Pekan Brincang semula. Kononnya Hannah menunjukkan menu makanan untuk ditempat lah tu. Dia makan dengan berselera sekali. Letih agaknya kerana berjalan di Cactus House dan Bee Farm. Pada sebelah malam kami makan Steambot di kawasan Taman Selera juga.

19 Julai; Khamis. BALIK KE GERIK

CHECK-OUT

Hari ini kami bercadang untuk ke Ladang Boh Sungai Palas dan balik ke Gerik. Aku keluar seorang diri sahaja pagi ni.

Sunrise masih tidak muncul hari ini kerana redup dan langit berawan. Aku naik setakat Hotel Copthorne sahaja dan balik semula ke Tiny Habitat. Pagi ini kami ke Taman Strawberi depan homestay semula untuk breakfast dan Hannah untuk coklat straberinya.

Dalam pukul 10.30pg kami pun check-out dan bertolak ke Palas Boh Plantation. Hannah panjat naik dari bawah ke atas dengan sendiri. Kuat sungguh cucu Tok Bah umur 2 tahun ni.

Aku fikirkan pada hari biasa ni dapatlah duduk di tepi verandah menghadap ke ladang teh. Sangkaan ini meleset. Nak ambil makanan pun kena beratur panjang. Tak apalah. Kami ambil tempat di sebelah dalam. Sambil aku menunggu, seorang budak agaknya Jepun, Sekolah Rendah bertanya “Can we sit here?” sambil tersenyum dan semacam curtsy Bapanya sekadar tersenyum sahaja “Please do” Jawabku. Begitu sopan dia. Aku kagum dan pada masa yang sama sedih teringatkan bangsaku yang sudah lupa budaya. Sudah beberapa kali aku kena; mereka sambar sahaja kerusi bersebelahan kita tanpa bertanya atau memandang.

Nak tunggu orang tak ada di verandah tu memang tiada harapanlah. Jadi kami pun ikut sama mencuri tempat berfoto. Ummi meniru lagak Hannah menghisap jari.

Semasa kat sini kami mendapat tahu bahawa kak Long dapat keluar awal harini; tengah hari dan tidak selepas pukul 5:00pm seperti makluman sebelumnya. Kami habiskan masa dengan berfoto sahaja. Kedai teh tu dah tidak ada produk baru yang berkenan di hati. Lawatan kilang dan video show pun rasanya tidak menarik minat.


ThumbsupHannah berlagak nak memimpin Mama Chu turun tangga bila dia tengok ada seorang mak Cik tua bersusah payah naik tangga. What a girl..

So, Time to say good bye to Cameron Highlands. Rendezvous dengan Kak Long adalah di Restoran Nasi Vanggey Bandar Ipoh. Ingatkan boleh sampai 2.40pm tapi pukul 4.00pm juga sampai. Kebetulan Kak Long juga sampai pada masa yang sama. Kisah melalui kawasan Gunung Rapat dengan pelbagai patung di dalam gua dan dongeng Ummi kepada Hannah sudah diceritakan oleh Kak Long di dalam entri FBnya. Ada orang kata “Sometimes you have to be cruel to be kind”

https://www.facebook.com/nurul.mohd.75/posts/2180055638689851

smiley_laugh_1

Apa yang mampu ku katakan tentang Nasi Vanggey???…
Uuummmmaaaahhhhh…. Itu sahaja. Ekspresi dirimu Kak Long.
Malam ini tambah satu malam lagi kami bermalam di kuarters guru MRSM Gerik. Well.. What’s the hurry? Aku kan dah pencen. HAHAHAHA…

One thought on “MASA BERCUCU BERSAMBUNG

Add yours

Leave a reply to mdrazali Cancel reply

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑