Penulisan-penulisan di bawah adalah sedutan daripada Siri FTRoadpedia Zon Timur daripada Facebook Datuk Hj Sarani Dollah, TKSU (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Malaysia

Admin hanya menambah huraian ke atas tentang tempat-tempat yang di nyatakan bilamana perlu termasuk dengan memetik dari laman-laman yang berkaitan. Hashtag dinaikkan ke bawah ini untuk mengelak pengulangan bila siri-siri ini disatukan untuk dijadikan laman blog.

#FTRoadpedia
#FTRoadpediaZonTimur
#CiptaDetikIndahBersama

Berikut adalah laluan FTRoadpedia Zon Timur yang bermula dari 23 hingga 26 Feb 2017

ftroadpedia-kl-cherating

FT02 KL – Kuantan, Santuari Gajah Kuala Gandah #1

Siapa tahu lokasi ini di mana?

Dari Kuala Lumpur kita boleh ke sana melalui jalan persekutuan FT 02 Kuala Lumpur-Kuantan hingga ke Lancang dan jalan persekutuan FT236 Bolok-Mempaga.

Elephant Sanctuary

Petikan dari

http://www.travelingthruhistory.com/kuala-gandah-elephant-sanctuary/

Elephant Sanctuary blog

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Kuala Gandah Elephant Sanctuary is an elephant preserve that has been around since 1989. It is there to provide a place for elephants that have gotten into the plantations around Malaysia to go and be cared for before they are relocated to different preserves or national parks in the country. Some elephants are injured and stay there until they are healthy enough to be in the wild on their own. The sanctuary staff teaches the elephants to be comfortable around humans and to help out with heavy-labor tasks, such as moving trees and clearing out large pieces of timber. They try to get the elephants moved out within a few months, but some end up staying longer due to illness or injury. The main purpose of the sanctuary is to help and preserve the elephants in Malaysia since they are on the Critically Endangered list. To do that, they focus on educating and making the public aware of the plight of the Malaysian elephants

FT68 KL – Sailor’s Rest Janda Baik #2

Siapa tahu kat mana lokasi tempat ini?.

Untuk ke tempat ini boleh melalui jalan persekutuan FT68 Gombak-Bentong.

Sailors Rest

Sarani Dollah Tempat ni namanya Sailor’s Rest salah satu chalet dan resort yang banyak di Janda Baik Pahang, 45km from Kuala Lumpur, 25km dari Genting Highlands dan 22km dari Bukit Tinggi Resorts.

FT68 KL – Karak, Muzium Orang Asli #3

Siapa tahu tempat ini dan pernah mengunjunginya?

Terletak 25km sahaja dari KL. Untuk ke sana kita kena melalui jalan persekutuan FT68 Gombak-Bentong.

Ditubuhkan pada 1985.

Shafiq Yatie Nasution Muzium org asli Gombak

FT02 Karak – Kuantan Semuji Agro Resort #4

Kalau kita lalu jalan persekutuan FT02 KUALA LUMPUR-KUANTAN sebelum sampai ke Gambang kita akan jumpa tempat ini di tepi laluan.

Siapa yang pernah ke tempat ini?

Agro Resort Semuji

Agro Resort Semuji is located in Kuantan and is close to Wan Fo Tien Temple. It also provides room service, a tour desk and a lake.

Guests of the resort have access to its wide variety of outdoor activities, including fishing, hiking and kayaking. Fun waterside activities are available at the property.

Those staying at Agro Resort Semuji can sample local cuisines at the on-site restaurant, conveniently located for those who want to stay close at mealtime.

The resort is an ideal place to explore nearby Gelora Park and the Heroes Museum, as well as everything the local area has to offer. It is also within walking distance of Darulmakmur Stadium.

FT02 Karak – Kuantan, Gambang: Bukit Gambang Resort City. #5

Jika kita melalui jalan persekutuan FT02 Kuala Lumpur-Kuantan sudah pasti akan jumpa tempat ini. Saya pasti ramai yang sudah ke destinasi ini untuk percutian keluarga dan beriadah.

Anda boleh jumpa jika melalui jalan persekutuan.

Bukit Gambang Resort City

Extracted from http://bgrc.com.my/about/

Bukit Gambang Resort City (BGRC) is an integrated resort city sprawling across 727 acres of secondary jungle. BGRC is nestled amongst the many natural and cultural attractions sought for by tourists locally or from abroad.

With easy access via the East Coast Expressway, BGRC is  218km from Kuala Lumpur and  35km from Kuantan.

The Best Water Park in Malaysia

Bukit Gambang Water Park – Malaysia’s Best Water Park have an area of 45.8 acres  and built in a lush secondary jungle. The landscape and surrounding change naturally as the jungle matures offering the tropical ambience to the water park. It boast of the longest, highest, largest and widest water-fun attractions in the country. 

Bukit Gambang Safari Park (BGSP) is the Largest Safari Park in Malaysia. It aims to bring exciting encounters, up-closed and personal with the wild animals from around the world. There are over 300 animal species, many of them being first of their kind in Malaysia.

Nestled within 138 acres of secondary jungle Bukit Gambang Safari Park is the largest Zoo Safari Park in Malaysia.

Attraction :

  • Largest zoo safari in Malaysia (138 acres)
  • The first White Lions in Malaysia
  • Largest drive-through Wild Savannah featuring free roaming animals in their naturalistic habitats
  • All-weather covered walkway and baby pram friendly
  • 2 Park Zones: Walking Zone and Tram Drive-Through Zone

FT03 Kuantan – KT: Santuari Penyu Cherating #6

Dari Kuantan ke Kuala Terengganu kita akan melalui jalan persekutuan FT03. Laluan pantai ini bermula dari Johor Baharu Johor dan berakhir di Rantau Panjang Kelantan. Setibanya di Cherating kita boleh berhenti untuk mengunjungi Santuari Penyu Cherating.

http://www.malaysiavacationguide.com/turtle-sanctuary.html

Cherating Turtle Sanctuary is located just beside Asia’s first Club Med in Cherating, Pahang. This centre was established in the year 1972 as a turtle hatchery in an effort to protect the endanger species in particular the Leatherback Turtle. It was opened to the public in June, 1 1998.

Situated at the Chendor Beach or Pantai Chendor, this centre helps to ensure the survival of the turtles that land here to lay eggs during the months from April to August. You are allowed to come here during the night and the centre will alert you if there are turtles that come up the shore to lay eggs. It also acts as an information centre to educate the public about turtles and the need to protect them.

FT03 Kuantan – KT: Pantai Cherating #7

Semasa menyelusuri jalan persekutuan FT03 Kuantan-Kuala terengganu, sebelum memasuki negeri Terengganu, kita akan melalui kawasan peranginan tepi pantai yang cantik Cherating.

Banyak hotel dan resort dan tempat perkelahan yang sesuai untuk seisi keluarga sambil menikmati keindahan pantai yang mengadap laut china selatan.

http://wikitravel.org/en/Cherating

Cherating is a popular beach resort area in Pahang. It is located about 30 km north of Kuantan on Peninsular Malaysia’s East Coast.

Cherating village is a typical small lazy East Coast fishing village although backpacker-tourism now is the major income earner here. The village, which is just off the main East Coast trunk road between Kuantan and Kuala Terengganu is dotted with guesthouses and small hotels (called chalets here). Asia’s first Club Med is also located here. The place is extremely laid-back and the beach is nice and wide, although not as beautiful as the beaches on the islands off the East Coast.

FT03 Sempadan Terengganu – Kemaman, INTIM #8

Selepas Cherating, laluan jalan persekutuan FT03 akan memasuki negeri Terengganu. Tahun ini adalah tahun Visit Beautiful Terengganu.

Sempadan Pahang dan Terengganu ditandai oleh sebuah pintu gerbang di Kemaman.

Selepas pintu gerbang kita boleh berehat dan menikmati bayu Laut China Selatan di pantai Teluk Mak Nik atau dikenali juga sebagai DiMonica Bay.

Bersebelahan pantai ini terletaknya INTAN Wilayah Timur INTIM, sebuah institusi latihan awam terulung di pantai timur. Patutlah ramai yang nak berkursus di sini.

FT03 Kemaman: Warung Sata #9

Masih lagi di jalan persekutuan FT03 Daerah Kemaman. Tempat wajib dikunjungi di sini adalah warong sata dan otak-otak. Ada beberapa warong yang popular di sini. Terpulang kepada selera masing-masing. Sata dibuat dari ikan dan dibungkus dengan daun pisang sebelum dipanggang. Otak-otak pula berlainan dari otak-otak kempas di Johor. Nak tahu kena singgah dan cuba sendiri kelainannya.

Jangan pula lupa untuk membeli keropok lekor dan keropok kering untuk dibawa balik.

FT03 Kemaman: Kopi Hai Peng & Pasar Chukai #10

Selepas makan sata dan otak-otak, meneruskan perjalanan ke utara melalui jalan persekutuan FT03, kita akan melalui bandar Chukai atau pun orang kata Texas M’sia.

Tempat yg wajib singgah kalau ke bandar Chukai ialah kafe Hai Peng Kopitiam yang famous dan sentiasa penuh dengan pengunjung. Kalau di Kota Bharu kita ada Kita kopitiam di Chukai pulanada Hai Peng Kopitiam.

Tidak ketinggalan tempat menarik lain adalah di pasar Kemamam di mana terdapat gerai buah-buahan yang menjual pelbagai buah-buahan tempatan. Kalau musim durian, di sinilah tempatnya utk kita mencari durian untuk keluarga.

FT03 Kemaman: Taman Rekreasi dan Mini Zoo #11

Sementara masih di Kemaman eloklah mengunjungi Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Bukit Takar. Untuk ke sana kena melalui jalan negeri T131.

Pelbagai binatang ada di mini zoo ini dan anak-anak sudah tentu teruja untuk ke taman rekreasi…

FT03 Kemaman – Dungun: Pantai Penunjuk, Kijal #12

Melepasi bandar Chukai di laluan jalan persekutuan FT03 kita akan sampai di Kijal, masih dalam daerah Kemaman.

Selain terkenal dengan padang golfnya, satu tempat yang ramai tidak tahu adalah sebuah pantai yang menarik iaitu Pantai Kijal atau dikenali juga sebagai Pantai Penunjuk. Kenapa dinamakan penunjuk tidaklah pasti, tetapi mungkin sebab batuan yang menunjuk ke atas..

Jom kita ke Pantai Penunjuk Kijal.

FT03 Kemaman – Dungun: Pantai Kemasik Terengganu #13

Setelah penat memandu di laluan jalan persekutuan FT03 dari Kemaman ke KT, bolehlah berhenti rehat di Pantai Kemasik. Sebuah lagi pantai yang cantik di Terengganu dan patut disinggahi. Terdapat tandas dan gerai makan di hentian ini.

Jom rehatkan diri dan nikmati pemandangan yang menarik..

FT03 Kemaman – Dungun: Pusat Santuari Penyu Ma’, Kerteh #15

Dalam perjalanan ke Dungun melalui FT03 Kemaman-Dungun, kita akan melalui Kerteh. Di sini terdapat satu lagi Turtle Santuary yang dikendalikan oleh BP Malaysia dan beberapa agensi lain dinamakan Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah.

Tahniah kepada BP Malaysia dan agensi terlibat yang perihatin kepada haiwan ini yang semakin pupus.

JOM kita tengok penyu…

FT03 Kuantan – KT, Gerai Telur Power, Dungun #16

Sampai di Dungun tempat bersarapan yang mesti cuba ialah gerai Telur Power yang terletak ditepi jalan persekutuan FT03. Nak tahu power atau tidak kena rasalah …pasti terangkat…ada juga makanan lain seperti nasi dagang dan nasi lemak…

JOM pekena telur power, ‘ acu tera rase, guane gamok !!!

FT03 Dungun: Pantai Teluk Gadong, Pantai Teluk SepatRoadpedia Zon Timur #17

Di Daerah Dungun terdapat banyak pantai yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah dua buah pantai berhampiran dengan UiTM Dungun. Pantai tersebut terletak bersebelaham iaitu Pantai Teluk Gadong dan Pantai Teluk Lipat.

Di samping itu kepada peminat golf boleh mencuba kepandaian mereka di kelab Golf Desa Dungun.

Pantai-Pantai Dungun 01Pantai-Pantai Dungun 02

FT03 – FT121 Kuala Dungun, Jambatan Menarik dan Kampung Nelayan #18

Sementara masih berada di Dungun jangan lepaskan peluang untuk ke Kuala Dungun.

Daripada laluan Jalan Persekutuan FT03 ambil simpang kanan ke Jalan FT121 untuk ke Kuala Dungun. Nikmati pemandangan indah kampong nelayan di sini dan juga keindahan sebuah jambatan yang merintangi Sungai Dungun.

JOM kita ke laut….

FT03 Kuantan – KT, Rantau Abang, Dungun. Santuari Penyu #19

Rantau Abang Dungun yang terletak berhampiran Jalan Persekutuan FT03 merupakan kawasan yg popular suatu masa dahulu untuk pelancong berjaga malam menunggu penyu mendarat dan bertelur di pantai. Sekarang ini sudah tiada lagi fenomena tersebut.

Lebih kurang 1.4km dari jalan besar dan mengambil masa 30 minit berjalan kaki kita boleh sampai ke Bukit Che Hawa. Di sini terdapat sebuah batu yg menyerupai penyu. Kata orang dulu2 ia merupakan queen kpd penyu dan sebab itu banyak penyu yg mendarat di Rantau Abang. Betul ke tidak itulah legendanya…

Kalau nak tengok penyu JOM ke Santuari Penyu Rantau Abang…

JOM tengok penyu…

FT03 Kuantan – KT. Marang Terengganu. Pulau Kapas / Pulau Gemia #20

Bila sudah sampai di Marang jangan lupa untuk bercuti di Pulau Kapas dan Pulau Gemia. Terengganu terkenal dengan beberapa pulau yang cantik. Pulau Kapas menjanjikan pengalaman percutian yang tak dapat dilupakan…

JOM snorkeling pulak. Boleh jumpa Mat Dan kut…

FT03 Kuantan – KT, Masjid Sultan Ismail Chendering #21

Masjid Sultan Ismail Chendering terletak di tepi jalan FT03. Dari jauh sudah nampak binaan yang berwarna putih. Selain masjid ini, Masjid Abidin di KT mempunyai ciri rekabentuk yang hampir sama.

JOM solat di sini…

FT03 Kuantan – KT, Marang. Restoran Lempeng #22

Dari Marang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah merasa makanan dulu2 iaitu lempeng. Restoran Lempeng terletak betul2 di tepi jalan persekutuan FT03 sebelah kanan menghala ke KT dan berhampiran dengan Masjid Rusila yg terkenal itu.

Apa yang special nya lempeng ni? Nak tahu kena rasa sendirilah… sudah makan nak lagi…

Ada juga makanan lain yg dijual di sini…

JOM makan lempeng kelapa pulok..

FTRoadpedia Zon Timur #23

Kali ni nak cerita pasal makan. Kalau ke KT tak sah kalau tak cuba rasa Nasi Dagang. Banyak kedai yang sediakan menu popular ni. Tepuk perut tanya selera…hahaha…

Ni link 5 kedai yg top jual nasi dagang..

http://saji.my/restoran-nasi-dagang-asli-yang-sedap-di-ter…/

JOM makang nasi dagang pulok..

FT03 Kuala Terengganu. Taman Taamaddun Islan dan Muzium Negeri Terengganu #24

Sebelum sampai ke destinasi akhir ekspedisi iaitu Pulau Duyong, bolehlah singgah di Taman Tamadun Islam dan Muzium Negeri Terengganu yang terletak di laluan yg sama.

TTI 04TTI 05

FT03 Kuala Terengganu. ICT aka Ikan Celup Tepung #25

Sebelum singgah dan menginap di Pulau Duyong, destinasi akhir jelajah kali ini, elok diteruskan untuk merasa makanan yang famous di sini iaitu ICT atau ikan celup tepung. Ada dua tempat yang famous iaitu di Pantai Teluk Ketapang dekat airport dan di Batu Rakit.

Dari FT03 ambil simpang kanan ke Seberang Takir ke arah lapangan terbang. Kat sini tempat yang selalu saya dan keluarga singgah adalah gerai Hj Pok Long.

Satu lagi tempat popular agak jauh sedikit iaitu di Batu Rakit. Dari FT03 teruskan perjalanan ke arah UNIZA dan UMT melalui jalan FT3685 dan teruskan ke Pantai Batu Rakit. Gerai yang popular ialah gerai ICT Pok Nong yang popular dengan sotong guntingnya.

Ini blog yang cerita lanjut mengenai ICT popular di KT:

http://www.caridestinasi.com/ikan-celup-tepung-terengganu-…/

FT03 Pulau Duyong. Destianasi Akhir FTRoadpedia Zon Timur 

Jelajah FTRoadpedia Zon Timur berakhir di Pulau Duyong Kuala Terengganu, tempat asal berlangsungnya Temasya Tahunan Monsoon Cup.

Pulau Duyong

Pulau Duyung is an island which is located at the Terengganu River and is accessible by road or by boat. Unlike the islands of Redang or Perhentian, this island is not well known for the beaches or scuba diving. It is well known for traditional boat building in Terengganu.

Most of these boats are built for the fishermen in Marang. The Custom Made Wooden Yacht on this island is owned by Pakcik Haji Abdullah. He receives order for the boat making from the locals as well as from overseas.

Duyong 010Duyong 11

Sehingga bertemu lagi di FTRoadpedia Zon Selatan yang akan membawa anda menyelusuri Jalan-jalan Persekuatan di sebelah Selatan tanah air dan mencipta detik-detik indah di sepanjang laluan. Teruskan bersama kami dan ciptalah detik indah anda di negara kita Malaysia.

#Negaraku

#NegarakuMalaysia

#InfraRakyat