SAMBUNGAN 1 daripada ARTIKEL Puas Mengemas, Cucu dicari.
MRSM GERIK
14 Julai 2018, 6.30pm Ketibaan
Kami tiba di rumah Kak Long, Nurul Fatihah anak sulongku. Kak Long adalah guru mathematics MRSM Gerik dan tinggal di kuarters guru bersama suami, Haziq Syazwan (juga seorang guru mathematics di MRSM Lenggong) dan anaknya Hannah Sofea. Hannah seorang budak yang petak bercakap. Bila mood dia baik, tak berhentilah mulut tu mengicau. Dari verandah dia menjerit “Tok Bah, Tok Bah, Nek Wa, Nek Wa”. Itulah kami dipanggil oleh cucu-cucu yang sudah boleh bercakap.
15 Julai 2018, Ahad
Hari ahad adalah cuti hujung minggu. Kak Long dan Haziq ada bersama dan Hannah tidak ke rumah pengasuh sepertimana pada hari-hari kerja. Pagi itu aku berjalan di kawasan kuarters sebelah belakang yang agak berbukit. Yang lain masih nyaman diulit selimut pagi Gerik yang sejuk dengan udara yang segar. Itulah nikmat tinggal di kawasan hulu berbukit. Itulah juga sebabnya mereka agak liat untuk berhijrah dari situ walaupun sudah membeli rumah berhampiran simpang masuk Kuala Kangsar dan sudah mendapat anak kunci.
“Kita breakfast di Pekan Gerik. Tempat biasa” Kata menantu, Haziq.
“Memang itu pun harapan kami” kataku.
BREAKFAST
Dalam pukul 9.30pg kami bertolak ke Pekan dengan sebuah kereta. 5 dewasa dan 1 kanak-kanak agak selesa dalam Proton Inspira ku. Jarak perjalanan dari kuarters adalah 12km. Tempat yang dituju adalah sebuah kedai di hujung pekan, belakang stesyen Petronas. Suasana masih lagi agak berkabus sepanjang perjalanan ke situ. Menu kegemaran kami adalah Char Kuey Tiau dan roti canai.
Lebih sedap dari CKT Penang dan roti canai mamak. Haziq tempah roti double. Katanya cukup sebelum sampai ke Taiping, destinasi kami seterusnya. Aku bedal CKT, Roti dan nasi lemak bungkus sekali. OKlah sebagai penumpang kerana kali ini pilot adalah menantuku Haziq.
MRSM LENGGONG
Aku sebagai penumpang mengikut sahaja ke mana pilot membawa kami. Nampaknya persinggahan sementara adalah projek Madu Kelulut MRSM Lenggong yang diusahakannya. Guru Mathematics mengusaha madu di bawah payong sekolah. Agak kreatif cara MRSM Lenggong ini mendedahkan pelajar kepada ilmu serangga jenis kelulut yang mampu menghasilkan madu unik yang banyak khasiatnya. Pelajar-pelajar belajar cara Hands-on yang sudah tentu melekat lebih lama apabila minda digabungkan dengan stimuli visual, rasa dan emosi. Mengusahakannya adalah ilmu pengurusan dan menjual ilmu ekonomi.
TERBAIK MRSM LENGGONG.
TAIPING
Dari situ agaknya kami menghala ke Taiping melalui jalan lama FT01. Aku sudah lena dek penangan breakfast yang agak heavy selepas perjalanan semalam dan dalam keletihan berkemas yang belum pulih. Tapi aku perasan melalui kawasan Bukit Berapit yang dahulunya diselubungi pelbagai misteri mitos membabitkan makhluk halus jenis terbang mengilai. Tak kuasa melayan…
Yang ini mesti di layan…
Entah mengapa Hannah meragam masa tu. Agaknya tidur juga dan dikejutkan bangun sebelum puas tidur. Apapun abah dan umminya ada.
Cendul Ansari nama diberi, Kunun tersohor tidak terperi, Sekali merasa nak datang lagi, Walau jauh datang ke mari
Selepas menjamu selera tengah hari, kami menuju back track mencari masjid untuk solat dan uruskan Hannah yang sudah menyemerbakkan udara di dalam kereta dengan bauan yang kurang enak. Alhamdulillah sampai ke masjid yang agak jauh juga dari bandar. Selepas menjamu selera dengan durian di tepi jalan, kami ke Taman Tasik Taiping yang merupakan landmark kepada Taiping. Terdapat jalan masuk ke Bukit Larut yang dahulunya dikenali sebagai Maxwell Hill.
Laluan jalan yang rimbun dengan pokok-pokok ‘water oak‘ dari peninggalan British itu menyaman dan meneduhkan laluan. Dari mana mereka mendapat benih dan mengapa mereka amat berminat menanam pokok jenis ini adalah soalah yang selalu menjengah di fikiranku. Kawasan ini sudah dibangunkan tetapi tanpa menghilangkan ciri awalnya sebagai tempat pelancongan dan beristirehat dengan ciri-ciri air dan pokok menghijau.
Pada sebelah petang Kak Long mengajak kami menjamah selera di Kuala Sepetang, atau dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Jarak perjalanan adalah 16km dari Bandar Taiping. Pekannya tampak sebagai kawasan majoriti kaum Cina yang mengusahakan hasil laut dan bot.
Sebelum sampai ke Jeti, adalah kawasan menjamu selera terdiri dari beberapa kedai makan yang kebanyakannya menyediakan jenis makanan berasaskan hasil laut. Pelbagai jenis disediakan, yang popularnya adalah mee udang.
Hannah amat menggemari udang. Kebanyakan udang dari pinggan kami berakhir di dalam pinggannya. Daripada bas-bas dan kenderann yang parkir di tepi jalan menunjukkan bahawa tempat ini adalah destinasi popular pengunjung dari jauh dan dekat. Kami bertolak balik lewat petang dan singgah di Dataran Lenggong untuk solat. Esoknya Haziq dan Kak Long bekerja dan Hannah akan bersama kami.
16 Julai 2018, Isnin
Sebelum pukul 8.00pg anak menantu sudah ke sekolah untuk tugasan harian. Jadi hari ini adalah kepunyaan kami; aku, isteri, Mama Chu dan Hannah. Tempat sarapan masih tidak berubah, iaitu; kedai Char Kuey Tiau di Pekan Gerik. Hari ini Hannah tidak berhenti bercakap. Senang hati betul lah tu dilayan oleh Nek Wa dan Mama Chu.
Adalah menjadi standard, setiap hidangan CKT ada 2 ekor udang. Udangku seperti biasa menjadi Hannah punya kerana aku tidak gemarkan udang. Hari ini cukup dengan CKT dan roti canai double sahaja, tanpa nasi lemak.
Destinasi tengah hari adalah Castella Cafe. Untuk mengisi masa, kami menghala ke Pengkalan Hulu. Di tengah jalan kelihatan dua buah gunung yang nampak tinggi menarik perhatian.
Dari maklumat penduduk tempatan, ianya adalah Gunung Chenderoh. Gunung di sebelahnya adalah Gunung Kerunai. Uncle Google menyatakan bahawa ianya adalah gunung berkembar dan tidak terdiri dari mana-mana banjaran gunung. Ia menarik minat pendaki dan ada laluan untuk sampai ke puncak.
Pengkalan Hulu yang selain dari menjadi pintu masuk ke Thailand tidak ada apa yang menarik hati kami. Kawasan bebas cukainya juga adalah kecil dan tidak nampak. Dalam perjalanan balik kami tertarik dengan satu rumah tradisi Perak dan singgah untuk meninjau.
Ianya dalah Rumah Warisan Penghulu Wan Teh yang berunsurkan ciri-ciri rumah tradisi Perak. Dindingnya cantik berhias dan diperbuat dari hiasan buluh.
CASTELLA CAFE
Sebelum zohor kami sudah berada di sini, tempat makan eksklusif berunsurkan alam semulajadi; makan-minum di dalam sungai dengan air jernih mengalir sejuk mengusap kaki anda. Apabila kami tiba, sudah ada beberapa keluarga sdang menikmati hidangan makan tengah hari. Bila ditanya, kami menjawab bahawa belum tempah lagi. Dia bagitahu bahawa akan lambat sedikit kerana terpaksa menyiapkan hidangan untuk mereka yang menempah awal. Tiada masaalah, kami jawab.
Sambil menunggu, kami mencelup kaki di dalam air sungai sejuk jernih tersebut. Fuhh..
Hannah paling gembira bermain air sambil dilayan oleh Mek Wa dan Mama Chu. Berbanding dengan semasa kami datang dahulu, sudah ada pertambahan dengan hiasan rumah, chalet dan rakit di dalam sungai.
Here comes the food….
Menu masakan ala kampung Perak dengan gulai ikan sungai dihidang di dalam keratan buluh yang diletak di atas meja buluh dengan lubang disediakan khas amat menyelerakan. Ditambah ikan talapia bakar, ikan perkasam, sambal belacan, pencicah kicap dan ulam-ulaman amat sesusai sekali di dalam suasana tersebut. Hannah juga berselera makan. Rasanya banyak lagi tempat seumpama ini yang patut mengambil iktibar dan sediakan makanan trasisi masing-masing dengan konsep pelancongan pemakanan. Tak perlu pelancong luar pun. Dengan pelancoing dalaman sahaja sudah lebih dari memadai. Back To Nature perlu diterjemahkan ke dalam bentuk produk-produk sebegini.
And here comes the king..
Sempena musim durian yang sangat menjadi tahun ni, Raja Buah juga disediakan. Apa lagi, kami pun tidak lepaskan peluang. Hannah sangat suka durian. 3-4 ulas habis dimakannya.
Sehingga pukul 3.15pm hampir semua pelanggan sudah balik kecuali 2 orang berbangsa Cina yang nampak masih asyik berbual di atas kerusi buluh di dalam air sebelah kami. Dari percakapannya rasanya mereka adalah pelancong dariluar. Mereka ada sebelum kami lagi. Hannah pun sudah menggigil walaupun masih belum mahu keluar dari dalam air. Kami ambil keputusan ‘enough for the day’. Wonderful time. Insya Allah datang lagi dengan keluarga yang lebih ramai.
4.00pm. Kembali ke kuarters guru MRSM Gerik dalam keletihan tetapi penuh kepuasan. Hannah sudah ‘knocked out‘.
Di sini dahulu. Bersambung nanti, insya Allah..