Tentang

LAMAN BLOG MDRAZALI

Me at Work

Laman ini adalah untuk Travelog dan Perjalanan Hidup Saya. Ia memaparkan perjalanan dan lawatan bersama keluarga dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup saya yang memberikan makna tersendiri.

fb_img_1456566940727

Setiap perjalanan mencipta detik-detik peristiwa yang unik dan personal yang hanya mampu diingati oleh Pemilik Detik berkenaan. Tenggelam dalam peredaran masa, detik-detik tersebut memudar dan lelama boleh menghilang dari ingatan kecuali di renjis semula oleh penunjuk-penunjuk detik.

Blog ini adalah satu dari penunjuk detik untuk menyegarkannya semula detik yang memudar untuk kembali ke lembaran ingatan. Ia juga boleh menjadi penunjuk kepada penziarah untuk sama-sama merasai detik yang berlalu dan mengambil iktibar dari pengalaman kami. Walaupun persepsinya mungkin berlainan, sekurang-kurangnya ia mencipta detik persamaan untuk sama-sama dirasai dan bicarakan secara senonoh dan beradap.

Semoga Penunjuk-penunjuk Detik ini mampu menceriakan suasana, menjadi teman ketika keseorangan, penawar ketika gundah, kitab kepada yang mencari dan medan untuk menyapa.

TERIMA KASIH

Ribben of Love

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: