TAWAF-SA'IKami sampai dalam pukul 11.30pg dan ustaz meminta kami makan dahulu dan bersedia untuk Tawaf-Sa'i Umrah selepas zohor. Memang kawasan Dataran Luar jammed dan halangan diletakkan di sana-sini untuk mengawal keadaan. Laluan ke Dataran Kaabah ditutup. Kerja Pembersihan Ustaz memberikan pilihan samada kami ingin melaksanakan umrah secara sendirian ataupun mengikutinya sepertimana Umrah Pertama. Aku dan... Continue Reading →
SAMBUNGAN UMRAH ANDALUSIA 11 MAC Bhg 2
HARI KE EMPAT. Dalam perjalanan balik ke Hotel Rawda, Mutawwif Ammar kita telah menunjukkan satu sisi peribadinya yang agak kelakar. Beliau menyatakan bahawa esoknya kami akan bertolak ke Makkah untuk Umrah Pertama. Kelakar Ustaz. Katanya jemaah wanita masih sempat lagi shopping abaya pada petang nanti. Jangan risau katanya sebab AbamBayar. Dia juga menceritakan kekagumannya terhadap... Continue Reading →
UMRAH ANDALUSIA 11 MAC 2023
PENDAHULUAN33 Tahun sudah berlalu sejak aku dan isteri ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Tahun itu adalah Tahun 1990 bilamana Trajedi Muassem berlaku, mengorbankan banyak nyawa muslimin dan muslimat yang bertembung di dalam terowong pejalan kaki. Sifat tak sabar jemaah dari dua hala bertentangan yang terus menekan-tolak jemaah di hadapan menyebabkan jemaah-jemaah di hujung pertembungan... Continue Reading →
IMAM SYAFIE KHATAM AL QURAN 2X SEHARI DI BULAN RAMADHAN
PERSOALAN Betul ke ni? Bolehkah seseorang khatam al Quran 2X dalam sehari dengan bacaan yang tertib bertajwid? Persoalan ini sudah lama berlegar di fikiranku. Aku tidak mempersoal kehebatan Imam Syafie r.h. yang sangat aku kagumi. Walaubagaimanapun setiap sesuatu itu perlu ada asas logiknya untuk dihadam dan percayai. Biasanya aku hanya dapat habiskan satu djuz yang... Continue Reading →
PENGALAMAN COVID19
Pengalaman sekeluarga mengharungi fasa positif COVID19 yang berlanjutan.
KUARANTIN COVID19
18hb Nov 2021. Hari ini adalah Hari ke 5 aku dan isteri menjalani Kuarantin di Bilik akibat +ve COVID19 dan Hari ke 10 menjalani kuarantin akibat Close Contact dengan pesakit sah COVID19, iaitu; anakanda sendiri yang tidak tahu di mana di jangkitinya. MULA DIKESAN 14 NOV Tarikh merah ini mula terkesan pada 14 Nov apabila... Continue Reading →
PANTAI NUSUK
INTRO DAN LOKASI Selepas selesai menghantar menantu ke Lapangan Terbang hari ini, 2 Okr 2021 kami cuba mencari satu pantai baru yang diceritakan oleh anak saudara minggu lepas; Pantai Nusuk. Namanya adalah kerana kedudukanya yang tersorok. Nusuk itu adalah tersorok dalam dailek Kelantan. Mengikut pandu arah anak saudara, kami menuju arah ke Pantai Dasar Sabak... Continue Reading →
MAKAN TENGAH HARI DI SINGGORA HOMESTAY
TERIMA KASIH KAK LONG Semalam merupakan satu pengalaman makan tengah hari ala kampong ulu, ya, kampong yang benar-benar kampong. Makanannya memang unik dan menyelerakan... well cekali cekala bolehlah 😅😅😅. Settingnya ada hampir sama dengan Castella Cafe di Grik. Yang bezanya di Castella boleh makan di atas meja buluh di dalam sungai dengan makanan kampong Perak.... Continue Reading →
Jalan-jalan PKP
Jeti Pasar Terapung Pengkalan Datu CUCU Akhir-akhir ini cucu lelaki ni selalu buat fe'el meminta perhatian sedangkan kedua ibu-bapa sibuk dengan tugasan rasmi online. Masa dengan kami sedikit masa dahulu tidaklah nampak macam perlukan perhatian sangat. Pandai bawa diri, buat lawak dengan mimik muka yang menjentik kasih Nekwa-Tokbah. Selepas abahnya ada bersama, nampaknya dia makin... Continue Reading →
PKP BERSAMA KAK LONG DAN CUCU-CUCU
KETIBAAN 31 Mei 2021. Besoknya telah diumumkan sebagai Lockdown seluruh Negara dan alhamdulillah anak sulong kami yang sedang bertugas di Tawau Sabah sempat balik bersama dua orang anaknya. Demi keselamatan Kak Long ambik rumah tumpangan untuk satu malam dan akan melaksanakan swab test untuk pastikan bebas dari pandemik COVID19 sebelum menjejakkan kaki ke rumah kami.... Continue Reading →