KETIBAAN
31 Mei 2021. Besoknya telah diumumkan sebagai Lockdown seluruh Negara dan alhamdulillah anak sulong kami yang sedang bertugas di Tawau Sabah sempat balik bersama dua orang anaknya. Demi keselamatan Kak Long ambik rumah tumpangan untuk satu malam dan akan melaksanakan swab test untuk pastikan bebas dari pandemik COVID19 sebelum menjejakkan kaki ke rumah kami. Dapat balik pun sudah terlalu baik dan kami amat bersyukur.
DIA LEBIH MERANCANG
Semasa Aidilfitri pertengahan bulan Mei lepas Kak Long dan famili balik berhari raya di rumah mertua di Klang dahulu. Perancangannya adalah, selepas beberapa hari mereka akan balik ke rumah kami di Kota Bharu. Malangnya kita hanya mampu merancang. Kebenaran balik oleh Pengetua lama telah dibatalkan oleh pemangku yang baru dan mereka diarahkan kembali bertugas. Hancur luluh hati Kak Long yang mengharapkan dapat berhari raya dan bercuti di kampong halaman selepas berjaya menjejakkan kaki di Semenanjung. Kami pun merindui cucu-cucu lebih-lebih lagi Nufayl yang semasa bertolak ke Sabah dahulu, baru dapat bertatih. Sekarang ni khabarnya sudah ligat.

Tak lama selepas kembali ke Tawau, MRSM tempat mereka bertugas telah dijadikan Pusat Kuarantin COVID19 dan Haziq menantu kami bimbangkan keselamatan anak isteri yang tinggal di dalam kawasan yang sama. Dengan usahanya Kak Long dan anak-anak mendapat kebenaran untuk balik ke Semenanjung dan Bertugas Dari Rumah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar doa hamba-hambanya. Dan 31 Mei 2021 menjadi Hari Bersejarah kerana Kak Long dan anak-anak berjaya menjijakkan kaki ke Bumi Kelantan tempat tanah tumpah darahnya. Haziq bersendirian di Tawau Sabah, holding the fort kata Omputeh.
SELAMAT DATANG
Pada petang hari ini kami tinggalkan sebuah kereta kepada Kak Long untuk kegunaan mereka. Masa kami tiba di Ikhwan Inn tempat menginap, Kak Long baru sahaja tiba dari lapangan terbang Pengkalan Chepa. Haziq telah berpesan supaya avoid contact semasa sampai. Hannah yang terlebih dahulu nampak kami. Cerdik cucu kami ni. Dia tegur dari jauh dan tidak meluru mendakap Nekwanya sepertimana biasa. Abahnya sudah berpesan dan dia akur nampaknya. Kami pun kontrol habis menahan naluri dari mendakap erat cucu-cucu yang baru tiba.
DI RUMAH
11.00pg Kereta Inspira yang aku tinggalkan kepada Kak Long semalam masuk ke dalam pagar rumah dan wajah-wajah kesayangan menjenguk keluar. Pada mulanya Hannah buat-buat control dulu tapi tak lama. Lepas tu terus meluru ‘kerabak’ kami dengan senyum lebar ikonik dia. Kami pun apa lagi, lebarnya senyum tak usah digambarkan. Pecah rekod.. hahaha…

Nufayl masih kurang cam kami dan matanya ‘scanning‘ melihat dan mengukur kami. Bila nak ambil dia menangis. Jadi kenalah breaking ice nampakya. Bawa tengok kawasan rumah dan bagi main kuda Aidil yang di tinggalkan di rumah kami. Lepas tengok kolam, bertempik bersoraklah mereka nak terjun masuk. Kami sudah dari awal keluarkan air yang kotor dan masukkan air bersih. Terus beri lampu hijau. Mereka seronok dan kami pun apa lagi. Walaupun air baru sedikit ia sudah cukup menyeronokkan bagi mereka.
Pada sebelah petang kami makan petang di halaman, atas kerusi dan meja batu di bawah awning depan. Cucu-cucu seronok main di halaman; main ceduk pasir dan kejar-kejar. Kami melihat sahaja gelagat mereka sambil menikmati juadah PKP home made, walaupun simple tetapi suasana memberikan tahap rasa yang tinggi. Alhamdulillah syukur ya Allah dengan nikmat keluarga ni.
HARI KEDUA
Hari kedua kak Long balik, kami makan pagi dengan masakan home made sahaja. Sambil isteri memasak di dapur aku di laman, basuh kereta dahulu. Bila cucu-cucu keluar nak main, layan merekalah.
Selepas makan pagi, sesi mandi kolam bermula sekali lagi buat cucu-cucu. Aku potong buah mangga yang dipetik dari pokok sendiri dalam pagar, ada yang masak danbada yang kurang masak. Jadi ada yang manis dan yang agak masam. Makan kat meja bulat di tepi kolam. Hannah makan dengan combine keduanya. Katanya sedap begitu.
MUSIBAH
Pada tengah hari kami mendapat berita bahawa cucu kami yang nombor 3, Erina Alisya di Kepong dijangkiti COVID19 dari rumah jiran berdekatan yang dipanggil Nenek. Allahu Akbar. Terkedu aku dengan gelagat orang tua yang walaupun tahu keluarga rumahnya dijangkiti pandemik COVID19, masih nak layan bermain anak orang yang berpangkat cucu 🤬🤬🤬 Suasana ria bertukar duka. Risau sangat akan keselamatan mereka sekeluarga.
Pada malamnya Nufayl mendapat permainan baru – main sorok-sorok di dalam almari kain baju kami.

3 HB JUN
Hari ini dan seterusnya rutin di rumah mula menjurus ke arah yang sama. Pagi ni aku dan In (wife) keluar mencari bekalan makan pagi. Walaupun Lockdown, keadaannya hampir sama dengan sebelum ini. Kedai-kedai masih menjual makanan bungkus untuk dibeli dan bawa balik. Makan di kedai tidak dibenarkan lagi. Dan seperti rutin sebelum ini, aku tunggu di dalam kereta dan In lah yang turun beratur membeli makanan dan nasi bungkus.
Pagini kami membeli juadah di kedai biasa; Kak Na Nasi Kerabu di Jalan Hospital selepas Cabang 4 Berek 12 menghala ke Cherang. Kami suka di sini kerana ada pelbagai kueh mueh selain dari nasi kerabu, nasi belauk yang menjadi makanan rutin anak Kelantan. Nasi Kerabunya bagi kami ada rasa nasi kerabu yang lebih ori dari Nasi Kerabu Liniey, kedai sebelumnya yang lebih popular. Aku suka Nasi Kerabu daging bakar. Kambing bakar dengan pencecah cheese-black pepper pun ada.
Kak Na Kak Na Liniey Nasi Kerabu Liniey Nasi Kerabu
Pada petangnya aku mengait buah mangga dengan Hannah tolong masukkan ke dalam bakul. Pengaitnya aku beli melalui Lazada. Ianya jenis telescopic. Kuat juga batangnya. Yang sedikit masaalah adalah picker head tu boleh mengguris kulit buah dan kalau disentap terlalu kuat, buah akan melompat keluar dari head tu. Untuk masaalah kedua aku pasang stopper di belakang. Untuk yang pertama kenalah berhati-hati semasa mengait.
Mangga Epal Mangga Dalam Pagar Mangga dalam Pagar Fruit Picker Picker Rod dan bakul mangga
MUSIBAH
Malamnya Hannah mendapat musibah tersepit jari di pintu. Sementara kaum ibu-nenek menguruskan dan cuba menenangkan Hannah aku dipertanggungjawab melayan Nufayl. Dia masih belum selesa dengan Tokbah agaknya atau turut sama panik mendengar Hannah meraung, oleh itu meronta tak mahu dipegang. Maka kenalah Tokbah gunakan speech therapy – keep talking, modulate the voice to soothing message irrelevant whether he understand or not while showing things and bringing up interest, one after another. Bila tunjukkan lampu berkelip-kelip, aku sebut sebagai lampu lip-lap di luar rumah melalui tingkap barulah dia mula memberikan perhatian. Teruslah aku bercakap dengan nada sing-song hingga akhirnya hilang resah dan selesa dengan Tokbah. Gitulah kalau sudah melangkah ke alam Atuk ni. Buangkan pangkat yang dahulu dan ambik pendekatan lain.
HARI HARI SETERUSNYA
NASI KAK WOOK
Hari-hari seterusnya cepat menjadi rutin kehidupan era PKP. Setiap pagi kami perlu keluar mencari nasi dan makanan bungkus yang lain untuk dibawa balik makan di rumah. Beginilah PKP. Jiran sebelah rumah yang kematian suami ada mengeluh kerana sudah terasa cuak asyik makan di rumah keseorangan. Kalau di kedai tu walaupun masih makan keseorangan, kemeriahan dan suasana memberikan keseronokan tersendiri. Pagini adalah giliran Nasi Kak Wook yang tak perlu diperkenalkan lagi. Ia sudah menjadi household name.
Beratur membeli Belum PKP Nasi kak Wook dalam PKP
MEREYAN KEDAI KOPI
Rutin pencarian nasi dan kueh mueh pagi agaknya sudah sebati dengan kami warga Kota Bharu. Terdapat pelbagai tempat yang menawarkan nasi pagi yang menyelerakan, antaranya adalah Mereyan Kedai Kopi. Ayam kampong adalah menu istimewanya. Isteri suka masakan gulai itik serati. Foto sebelum dilarang makan di kedai.
Aye Kapong Tempah di sini Grup Epot makan di kedai sebelum PKP
KOPITIAM KITA
Antara tempat popular makan pagi adalah Kopitiam Kita. Masa PKP ni boleh beli makanan ikonik Roti Titab untuk dibawa balik makan di rumah. Packingnya ada kelas. Kelas itu menambah RM1 ke atas kos asal. Foto-foto dahulu. Sekarang bungkus sahaja.
Roti Titab Kosong Roti Titab Take Away
AYANG CAFE
Ini adalah antara destinasi popular kopitiam di Kota Bharu. Ia terletak di depan Maqam diRaja Langgar. Ini adalah antara Kopitiam Bumiputera yang dapat bersaing, malah mengatasi kopitiam ternama seperti Kopitiam Kita, Kopitiam Sri Cemerlang dan White House. Ia mempunyai pembekal tersendiri dan ada barisan riders tersendiri untuk menghantar makanan yang dipesan secara online. Isteri selalu cari ubi kayu rebus dengan kelapa parut manis. Kopi yang disediakan juga adalah dari jenama sendiri. Aku selalu order thick toast masa dapat makan di kedai.
Sebelum PKP Di Hujung Kedai Masa PKP Menunggu dalam kereta In beratur aku dan Nufayl menunggu Kubur dan Masjid Langgar
AYMAN RESTORAN
Ini adalah satu lagi destinasi makan pagi MESTI DATANG. Menu paling istimewa bagiku adalah capati dengan set kari, dhal, bawang dan pudina. Satu tak cukup. Malah dua keping pun hanya just enough. Isteri lebih suka makan Naan atau roti tempayan.
Dalam PKP Capati makan di rumah Mandikan capati Set makan di kedai Tambah Kambing Capati Double
KAK LA NASI DAGANG AYAM KAMPONG
Satu lagi destinasi makan pagi adalah Kak La di Jalan PCB. Istimewanya adalah ayam kampong goreng. Aku juga sukakan teh tariknya. Nasi dagang dan nasi belauk pun OK.
NUFAYL EARLY RISER
Nufayl selalunya bangun awal berbanding dengan kakaknya. Jadi masa kami nak keluar beli makanan, dia sudah scanning kami dengan mata mulusnya tu. Tak sampai hati nak tinggalkan, kami akan bawa bersama. Oleh kerana rutin aku menunggu dalam kereta, ia tidak menjadi masaalah. Nufayl juga jenis ringan mulut dan akan cepat meniru segala ucapan kami. Seronok membawanya berjalan. Nekwa tidak akan ketinggalan membeli kueh untuk mereka makan di dalam kereta. Selain dari itu, lebih kurang pukul 11 pagi Nekwa selalunya perlu keluar untuk mencari bahan basah untuk dimasak buat makan tengah hari. Masa ini Hannah akan ikut sama dan layanlah Tokbah kedua cucu ni.






PEMBIKINAN VIDEO
APLIKASI KINE MASTER: Sejak muat turun aplikasi Kine Master aku mendapati proses membuat video menjadi mudah. Pada mulanya aku guna versi percuma sahaja. Dengan versi ini kenalah redha logo Kine Master terpampang di sudut kanan video yang terhasil. Selain dari itu pengiklanan yang pop-up dari masa ke semasa juga mengganggu. Satelah aku agak selesa dengan penggunaannya aku telah upgrade kepada versi premium dengan kos hanya RM96.99 setahun. Sangat berbaloi. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222145238392996&id=1024520509
VIDEO ANIMASI KAPAL TERBANG:

Oleh kerana Nufayl amat meminati kapal terbang aku telah menghasilkan satu video animasi kapal terbang termasuk concorde yang melintasi ruang udara kawasan depan rumah yang sedang kemerahan warna langitnya untuk efek yang agak dramatik. Untuk tambahkan nilai personal aku juga menambah animasi kedua beradik di atas tikar terbang yang seolah terbang mengiringi kapal terbang yang akan mendarat. Ianya amat berbaloi sekali kerana Nufayl asyik meminta untuk dipasang video berkenaan: https://youtu.be/VKkYSiY4JrI

VIDEO KOMPILASI PENERBANGAN. Dengan durasi hanya sedikit lebih dari 1minit aku mendapati ia tidak memberikan kepuasan menonton yang dharapkan kerana masih belum puas menonton, ia sudah tamat dan terpaksa ulang balik semula. Oleh itu Tokbah telah menghasilkan satu lagi video untuknya yang menggabungkan sedutan pelbagai jenis kapal terbang yang berlepas, mendarat dan terbang di ruang udara dalam pelbagai keadaan. Durasi kali ini adalah lebih 6 minit. Ditambah pula dengan animasi Nufayl dan kakaknya Hannah ia memberikan satu nafas personaliti bagi mereka. https://youtu.be/NWvUmpreo6Y
Video-video ini adalah sangat berbaloi sekali. Nufayl setiap hari minta nak tonton video ini. Dia juga akan melaungkan hujung syllable lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir yang aku gunakan sebagai musik latar. Kalau masuk panggung rasanya jadi box office. Akan tapi penontonnya dua orang sahaja, Nufayl dan kakaknya Hannah 😅😅😅
VIDEO ANIMAL WORLD. Rasanya amat tidak kena jika hanya membuatkan video untuk Nufayl sahaja sedangkan kakaknya Hannah ada bersama. Memandangkan Hannah suka sangat kepada haiwan-haiwan cantik aku membikin satu video animasi untuknya, dipanggil The Animal World. Dari masa ke semasa aku tambah content sehingga akhirnya ia berdurasi lebih 4 minit. https://youtu.be/vFtPRFYtjt4

Sepertimana untuk Nufayl aku juga menghiaskan wajah-wajah Hannah dan juga Nufayl di sepanjang perjalanan video animasi ini. Elemen-elemen yang agak komidik aku selitkan untuk menjadikan video ini lively dan menarik perhatian. Alhamdulillah aku sendiri puas hati dengan penghasilannya.
Hannah akan gelak besar setiap kali tiba pada babak komidik berkenaan. Of course TokBah turut sama buat terbahak demi keseronokan cucu yang datang dari jauh untuk bersama kali.
BEAUTIFUL BIRDS – VIDEO KOMPILASI BURUNG-BURUNG CANTIK. Untuk adil kepada kedua cucu-cucu ni aku telah juga menghasilkan video kompilasi aksi burung-burung cantik di dalam dunia mereka. Sudah tentu bahannya disedut dari internet, cuma aku menggabungkan ke dalam satu bentuk video kompilasi untuk keseronokan cucu. Bila diberitahu video ni adalah milik Hannah ia memberikan satu rasa ownership dan kebanggaan. https://youtu.be/eFIAifJqEfo

Aku simpan video-video ini dalam satu USB. Jadi ianya boleh ditonton di TV mahupun di laptop. Alhamdulillah tak puas-puas cucu-cucu menonton video-video ini bersama. Aku juga simpan di smart phone dan Nufayl selalu minta tonton. Kalau dalam kereta, sambil menunggu isteri membeli barang makanan dan bahan basah, aku akan pasang di tempat sun glass holder. Merebutlah mereka berdua nak dapatkan best view.
Nufayl dan Tokbah tengok di TV Nufayl tonton di Laptop Nufayl tonton di Laptop Nufayl dan Hannah Beautiful Birds Hannah dan Nufayl
MUSIBAH COVID19
6hb June kami mendapat berita bahawa Ariff menantu kami di KL (Ampang) pula positif COVID19. Aduss… Paling mengejutkan kerana dialah antara yang paling berjaga-jaga. Kalau shopping barang basah di supermarket pun pakai double mask. Terpaksa home quarantine. Jadi ini keluarga kedua yang terkena. Minggu sebelumnya Eti dan keluarga (Kepong) yang terkena. Kuarantin di rumah juga. Alhamdulillah dengar khabar bertambah baik.
Lepas pertengahan Julai sebelum Aidil Adha keluarga besan kami di Klang pula yang terkena pandemik ini. Habis satu rumah terkena bermula dari cucu yang kecil. Memandangkan ketiadaan saudara terdekat untuk membantu, menantu kami Haziq terpaksa pulang membantu menguruskan keperluan keluarga: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222493691264100&id=1024520509
URUSAN HARIAN
KOLAM MANDI – AIR TERJUN
Satelah beberapa hari berada di rumah, rutin harian pun macam sudah sama setiap hari. Pagi-pagi selepas makan pagi cucu-cucu akan turun kolam. Sebenarnya ianya hanyalah setakat wading pool sahaja. Dulu aku rancang nak jadikan kawasan ini sebagai waterfall turun ke dalam kawasan takungan air yang dijadikan kolam ikan. Di dalamnya akan diletakkan batu-batu bongkah untuk ikan-ikan bermain di sekelilingnya dan boleh dijadikan tempat berpijak berjalan di atasnya. Walaupun begitu melihatkan keseronokan cucu-cucu bermain, tak sampai hati pulak rasanya nak jadikan ianya sebagai kolam ikan. Maka kekallah ia sebagai wading pool.
HALAMAN RUMAH
Kawasan depan rumah aku khaskan sebagai kawasan berumput. Kawasannya tidaklah luas tapi dapatlah merasai suasana alam semulajadi dan bukan asyik dengan tiles atau paving blocks yang merupakan hard scaping. Di sinilah juga kawasan landscaping yang diusahakan oleh isteri. Aku merancang sahaja. Yang mengeluarkan peluh menanam, membaja dan menyiram adalah isteri. Adalah juga aku tolong siram rumput dan pokok. Kawasan ini menjadi kawasan bermain di luar rumah oleh cucu-cucu. Aku sempat juga berpiknik dengan mereka. Saja nak berseronok. Jadi walaupun PKP, keadaan kami tidaklah terkurung macam warga kota. Kesian mereka 😪😪😪














CAMPING
Pada malam bulan terang, 15 Rabiul awal. aku mengajak cucu-cucu berkhemah di halaman. Pada masa itu bulan mengambang dan dapat dilihat dari halaman rumah. Seronok sakanlah mereka. Khemah aku beli di MrDIY, jenis simple sahaja. Buka sahaja tempat steel joint tu ia terus terbuka dan menjadi khemah tanpa perlu memasang satu persatu besi penyokongnya. Sempatlah dua malam berkhemah. Mereka masih meminta untuk berkhemah pada malam seterusnya tapi aku memberikan alasan penat.











MALAM KE DUA














MAKAN PETANG
Pada sebelah petang matahari turun ke Barat dan dari pukul 6.15pm ia mula redup kerana di bayangi oleh rumah tinggi di hadapan. Pada masa ini sehingga maghrib kawasan halaman ini terasa teduh dan nyaman. Pada masa inilah makan petang di halaman amat menyelerakan. Tambah lagi nyaman selepas dipasang kipas pada awning kawasan ini. Dari masa ke semasa kami menikmati juadah PKP di sini. Untung sangatlah aku mendapat seorang isteri yang tidak berat tangan untuk ke dapur menyediakan juadah makanan yang sesuai.
DURIAN
Alhamdulillah tahun ini memang Tahun Durian. Sejak sebulan lebih yang lalu dan sehingga blog ini ditulis ia masih banyak di pasaran di tepi-tepi jalan. Kami juga selalu mendapat ‘durian tiba’ yang di bawa oleh Farid, anak saudara dan juga Azman, abang ipar. Ada yang datang dari kebun peninggalan arwah mertua di Pauh Lima dan ada juga yang dibeli. Hannah suka durian. Aku yang diabetes ini tumpang merasai dan pandai-pandai adjust dos injection insulin. Jika ada buah manggis, merayalah rasanya kerana pengalaman menunjukkan bahawa buah mangis mampu menurunkan gula dalam darah akibat dari memakan durian. Bermacam-macam caralah memakan durian.
PULUT DURIAN
DURIAN BUDU
Ini adalah delikasi Kelantan yang hanya mampu dihayati oleh mereka yang dilahirkan di sini kecuali mereka-mereka yang terpilih dapat masuk clan. Raja buah bila digandingkan dengan awet muda penggebu kulit pembersih darah yang dipandang lekeh ini boleh mengkhayalkan pemakan sehingga ke langit luas. Tambah lagi kalau ada ikan pekasam Tasek Raban…fuhhh.. tak terkata enaknya,
Ikan Pekasam Tasek Raban
AIDIL ADHA
Aidil adha kali ini disambut dalam serba kekurangan oleh kerana SOP PKP yang berlangsung. Walaubagaimanapun menu wajib Hari Raya; nasi kapit kuah kacang dengan satay goreng masih mampu disediakan oleh isteri. Selepas makan mengalas perut kami bersiap berpakai secara amat sederhana untuk Hari raya. Kami bertakbir dan bertasbih di rumah diikuti solat sunat Aidil Adha. Baru habis bersolat, anak saudara sudah telefon supaya segera datang untuk sempurnakan ibadah korban. Sepertimana beberapa tahun kebelakangan ini aku mengambil satu bahagian dari tujuh untuk lembu sembelihan yang dipeliharanya.


KORBAN.






Dan untuk beberapa hari kemudian, daging korbanlah yang menjadi makanan utama. Segar daging korban amat menyelerakan walaupun hanya digoreng bawang biasa sahaja atau dijadikan sup bersama tulang. Dan rindu menjamah hati teringatkan anak-menantu-cucu yang jauh di mata. Yang ada di rumah adalah pengubat hati. Tanpa mereka sepi sangatlah rasanya. Dan musibah yang terkena kepada besan kami pada waktu ini amat terkesan di hati.
VAKSIN
Hari-hari berlalu dan urusan vaksinasi pula yang memerlukan perhatian. Aku mendapat dos pertama pada hari Arafah. Selepas itu badan terasa lelah dan agak lemah. Apapun alhamdulillah kerana mendapat umpama baju armour perlindungan perang..
Leave a Reply