UMRAH ANDALUSIA 11 MAC BHG 3

TAWAF-SA’I
Kami sampai dalam pukul 11.30pg dan ustaz meminta kami makan dahulu dan bersedia untuk Tawaf-Sa’i Umrah selepas zohor. Memang kawasan Dataran Luar jammed dan halangan diletakkan di sana-sini untuk mengawal keadaan. Laluan ke Dataran Kaabah ditutup.

Ustaz memberikan pilihan samada kami ingin melaksanakan umrah secara sendirian ataupun mengikutinya sepertimana Umrah Pertama. Aku dan famili memilih untuk buat sendiri sebab lebih mudah kawal pergerakan dan ustaz pun sudah memberikan pedoman terbaik semasa Umrah Pertama. Jadi tak perlulah bebankan Ustaz lagi. Yang penting dia sentiasa ada dan bersedia di rujuk jika ada kemusykilan.

ZIARAH TAMBAHAN – HUDAIBIAH
HARI KE SEMBILAN. Ahad 19hb. Harini aku terlanjur tidur. Anak-isteri sudah ke Masjid lebih awal meninggalkan aku. Semasa di bilik lagi azan sudah kedengaran. Aku bersiap secepat yang boleh dan segera turun lif. Bila keluar lif, iqamah sedang dibaca. Walaupun segera turuni escalator, bila sampai di pintu masuk hotel imam sudah berikan takbir untuk rukuk. Segera aku hampar sejadah bersama sebaris pekerja di depan pintu hotel dan solat di situ sahaja

Pelbagai Keadaan Solat
Maka genaplah cara aku solat di sini; di Dataran Kaabah mengadap Multazam selesai tawaf, di Tingkat 1 (tak nampak Kaabah), Atas Bumbung, Bawah Tanah, di Dataran Luar dan harini di Pintu Masuk Hotel πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

KALAH DENGAN KAUM HAWA
Selepas selesai solat depan pintu aku segera ke masjid menyambung ibadah peribadi yang termampu. Dan seperti biasa sebelum pukul 7.00 pagi aku balik ke bilik untuk injeksi diabetes. Anakanda Amanina mesej selepas 7.15pg memaklumkan beliau dan keluarga yang lain baru selesai Tawaf Sunat dan minta aku ke Dewan Makan sendirian.
WOWWW…. Kalah aku dengan Kaum Hawa ni. Nak salahkan diebetes dan urat-rana Syarul tak pernah pun bagi alasan atas ketidak-upayaannya. MALU AKU!!!!
Mereka datang join sebelum tamat tempuh makan pagi.

Makan Sorang

TUKARAN WANG
Pagini adalah urusan Shopping serba sedikit kerana tiada program yang ustaz aturkan. Yang ada adalah Ziarah Tambahan ke Hudaibiah pada sebelah petang. Kami tidak menyertainya. Aku ke Pengurup Wang di Makkah Tower, tukar RM500 dan hanya dapat SR350. Di Madinah aku mendapat SR380 untuk tukaran yang sama. Apapun tak apalah. Yang penting Abam kena Bayar 🀣🀣🀣

Tempat Pengurup Wang di Dalam

FELDA D’SAJI
Selepas urusan pengurup wang, aku dan isteri ke Food Mall. Isteri mahu cari makanan di Felda D’Saji kerana ada rakan jemaah dalam grup rekomen kepada dia. Semua sedap katanya. Maka belilah dia Soto dan Roti Canai, makan di dalam bilik. Memang Rasa Malaysia ori.

Citarasa Malaysia

TAWAF SUNAT
Selepas Asar aku ke Dataran Kaabah berihram untuk Tawaf Sunat bersama isteri dan anak bongsu. Tak apalah tipu sikit sebab nak tawaf. Aku ubah sedikit niat dalam kepala bahawa ini bukan tipu tapi hanyalah mematuhi arahan pihak berkuasa Makkah 😁😁😁

Selesai Tawaf Sunat

MUTAWWIF GRED 4
Untuk kalini aku mutawwifkan isteri; berjalan tawaf dengan Slow and Steady sambil baca doa di dalam buku gantungan di leher walaupun teragak-agak. Ni Ustaz Gred 4, manalah nak sama dengan Ustaz Ammar Mutawwif Power. Sebagai tambahan aku ulang doa berkenaan dalam Bahasa Melayu dan sebutkan Nombor Pusingan di Penjuru Hajarul Aswad sebelum Istilam untuk setiap pusingan. Alhamdulillah ia amat membantu.

WUDHUK KEBAL
Yang langgar aku kiri-kanan, geselkan kaki semuanya aku anggap lelaki. Bila ia adalah sah perempuan kerana baju serebeh hitam dan ada subang hidung, aku anggap ia tak bangkitkan syahwat sepertimana nasihat semasa Kursus Umrah di Andalusia. Kebal sedikit wudhuk aku 🀣🀣🀣

KALAH LAGI
Aku kalah lagi kerana terpaksa balik ke bilik hotel untuk urusan tandas dan pekena kopi/teh panas pengubat saraf-rana. Isteri masuk semula ke Masjid selesai Tawaf Sunat untuk sambung ibadah πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

LAUTAN MANUSIA
Bila nak keluar solat maghrib, lautan manusia di Dataran Luar memenuhi pandangan mata. Kawasan dua jalan masuk ke hotel juga terdapat yang sedang menunggu nak buatkan kawasan solat.

Aku hanya dapat solat di Dataran Luar. Selepas solat jenazah aku cuba masuk ke masjid sebelum kena halau. Dapatlah juga tempat di dalam.

ZIARAH THOIF DAN UMRAH KETIGA

HARI KE SEPULUH. Isnin 20hb. Pada hari ini ustaz maklumkan bahawa ada program Ziarah ke Thoif di bawah pakej rasmi. Mereka yang ikut serta diwajibkan Tawaf Widak sebelum meninggalkan Makkah kerana jaraknya melebihi dua marhalah. Mereka diwajibkan Tawaf Widak semula bilamana hendak meninggalkan Makkah untuk pulang ke Tanah Air. Kami sekeluarga memilih untuk tidak mengikuti program ini kerana terlalu jauh dan memakan masa dan tenaga sedangkan masa yang ada amat terhad untuk ditumpukan kepada ibadah di Masjidil Haram.

UMRAH TANAEEM
Sebagai ganti kami sekeluarga ambil keputusan untuk ke Masjid Aisha di Tanaeem sebagai Miqat Niat untuk Umrah Ketiga kami. Kami berempat ambik teksi yang dipandu oleh seorang Maghribi untuk ke sana.

AISHA HUMAIRA
Di dalam perjalanan ke Tanaeem aku terasa sebak di hati bila terpandang papantanda jalan menunjukkan arah ke Masjid Aisha dan bukan Tanaeem. Aisha binti Abu Bakr kini lebih disebut sebagai Aisha Humaira dengan popularnya lagu Aisha Istri Rasulullah nyanyian Sabyan. Aisha berbeza 44 tahun umurnya dengan Rasulullah SAW. Beliau adalah isteri yang ditunjukkan wajahnya oleh Jibril as kepada baginda Nabi sebelum mereka terjodoh lagi.

Aisha adalah Epitome of a Muslim Wife. Dan ini lebih-lebih lagi sebagai Ummul Mukminin, isteri Baginda Rasulullah SAW. Dari beliaulah kita mendapat banyak sumber dalam Figh Wanita. Dan beliau adalah sempurna di dalam kewanitaan rumah tangga. Dengan tindakannya mendesak Rasulullah SAW untuk mendapat sara hidup yang lebih baik buat semua isteri Nabi, kita diajar Rasulullah SAW bagaimana menangani masaalah rumah tangga. Dalam isu fitnah terhadap beliau yang tertinggal semasa dalam ekspedisi bersama Rasulullah SAW tetapi pulang di bawa di atas unta oleh seorang pemuda yang menarik unta dengan berjalan kaki di depan, kaum Yahudi menyambar peluang memfitnah beliau sehinggakan Rasulullah SAW sendiri seakan tergugat. Ini diperbetulkan sendiri oleh Allah SWT yang menurunkan ayat menyucikan nama Aisya. Allahu Akbar!!!

Ilustrasi Sahaja

Saya pernah berdebat dengan Golongan Anti Hadith yang mencerca herdik Aisya sebagai wanita tak tahu malu kerana menceritakan hal-hal rahsia suami-isteri kepada umum. Rasulullah SAW adalah Al Quran Hidup dan setiap perkataan dan perbuatannya adalah sumber Ilmu buat umat Islam. Tiada istilah rahsia di dalam diri Rasulullah SAW kerana semuanya adalah sumber ilmu untuk dipelajari. Inilah pengorbanan Aisya. Sebagai seorang wanita beliau sudah tentu amat malu tetapi peranannya sebagai sumber rujuk Fiqh Wanita tidak membenarkan beliau berahsia atau membisu di dalam ilmu-ilmu sebegini. Itulah yang menjadikan aku sebak hati dalam perjalanan ke Tanaeem.

Tawaf
Kami tiba kembali pada pukul 10 pagi, waktu yang sepatutnya sedikit lega di Medan Tawaf. Apapun ia masih sesak dan kami terpaksa hadapinya. Terpaksalah terima hakikat ini bila hampir dengan Ramadhan.

Sa’i
Semasa Sa’i aku hanya dapat baca doa pada awalnya. Kemudian rasa tak larat nak teragak-agak mengeja huruf-huruf dalam doa yang panjang sambil berjalan. Oleh itu aku gantikan dengan wirid lazim sepanjang perjalanan kecuali pada lampu hijau dan naik ke bukit yang agak pendek doanya. Kali aku sudahi dengan cukur rambut di kedai aras hotel dengan bayaran SR15.

PENERBANGAN BALIK KE KL

HARI KE SEBELAS. Selasa. 21hb.
Waqaf Masjid
Memandangkan bahawa hari ini adalah hari kami akan berangkat balik dan aku masih ada wang SR untuk dibelanjakan, aku buat keputusan mencari beberapa kerusi lipat sebagai waqaf masjid. Ini adalah kerana aku dapati kerusi lipat ni amat diperlukan di sini memandang masa berada di masjid yang agak lama dan ramai yang keuzuran atau lebih umur. Satelah mencari di kawasan beli-belah Aras 1 jumpalah satu kedai yang ada kerusi jenis ni. Bila bagitahu nak wakafkan, dia memang sudah biasa dan segera catkan perkataan Wakaf Masjid di belakang kerusi-kerusi berkenaan dan berkas dalam satu kumpulan. Keluargaku pun masing-masing berbuat demikian. Dengan itu terasa puas sangat di hati. Semoga Allah SWT menerima waqaf kami ini.

TAWAF WIDAK
Kami melakukan Tawaf Widak pada pukul 10.30 pagi. Kami mengulangi tawaf sepertimana Tawaf Umrah terdahulu. Kalini rasanya lebih sebak di hati. Aku banyakkan melihat Kaabah dan hanya membaca wirid-wirid pendek, jadi tak perlu tumpukan kepada pembacaan di buku. Selesai tujuh pusingan kami solat Sunat Tawaf menghadap ke Multazam. Tak boleh diceritakan perasaan ketika tu. Kaabah tersergam di depan mata dan di depan multazam pulak.

LAMBAIAN TERAKHIR SEMASA
Selesai solat sunat kami bergerak keluar tetapi dengan melambai-lambai sambil memandang sayu memohon dijemput kembali sebagai TetamuNya. Selang beberapa langkah kami pandang dan lambai lagi, dan begitulah dibuat sehingga tidak lagi kelihatan selepas pintu keluar di Bukit Safa. Kekosongan amat terasa bila melangkah pergi kerana kami tidak dibenarkan lagi ke Masjidil Haram. Solat zohor pun di dalam bilik saja.

BAS KE AIRPORT
Bas ke Lapangan Terbang Jeddah tiba pada pukul 2.00 tgh. Maka kami pun meninggalkan Tanah Suci Makkah untuk pulang ke destinasi masing-masing. Ustaz masih aktif cergas mengatur perjalanan dan memberikan panduan serta nasihat. Terbaiklah mutawwif ni.

CORNICHE
Persinggahan pertama adalah di Corniche, satu pusat beli belah untuk solat Jamak-qasar dan last minute shopping. Di sebelah Toko Ali ada kedai makanan Asia yang ramai dikunjungi jemaah Indonesia. Aku pun singgah beli dan minum air buah.

MASJID INDAH
Hampir dengan maghrib, kami berhenti di satu masjid yang sangat indah. Senibina dan pencahayaan lampu-lampunya amat memukau. Aku lupa namanya seperti disebut Ustaz. Ianya tidak jauh perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah. Di situ kami mengerjakan solat maghrib-isyak Jamak Qasar. Ustaz berikan setiap orang satu pek nasi bungkus Wong Solo dan kami makan di kawasan sekitar masjid berkenaan. Aku pada masa itu sakit ulcer dalam mulut. Seksanya rasa makan makanan pedas ayam penyet. Apapun habis lebih dari separuh juga sambil menahan sakit!!!

LAPANGAN TERBANG JEDDAH
Selepas siap makan semuanya, bas pun bertolak. Ustaz masih lagi semangat dengan mengadakan slot bercerita pengalaman mengerjakan Umrah di dalam bas. Aku terkena juga.

Kami tiba di tepi Lapangan Terbang pada pukul 8.45 malam. Pegawai airport datang ke dalam bas dengan muka yang garang dan nada suara keras dalam Bahasa Arab. Ustaz sedang sibuk uruskan bagasi. Maka tercenganglah kami itek-itek ni mendengar ayam jantan melalak di dalam bas πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Petugas Arab
Aku terpilih pula menunjukkan passpot dan visa yang dia scan dengan handphone untuk selaraskan dengan senarai nama dalam lis penumpang. Agaknya tiada masaalah sebab lepas tu dia turun dan melalak lagi di luar. Ustaz datang cakap entah apa dengan dia. Sekonyong-konyong dia naik bas semula dan tanya “English?” sambil tersenyum padaku. Aku jawab “yes” dan dia tetiba hulur tangan handshake dengan aku 😲😲
Sebelum turun bas sempat pula dia jeling kepada anakku yang hulurkan passpot aku tadi dan mengeoww sambil turun πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Lancar dan Mudah
Selepas itu urusan imigresen dan check-in yang berjalan lancar tanpa masaalah. Ustaz tadi agaknya telah bagi worst case scenario dengan memberitahu bahawa kerenah pegawai Lapangan Terbang Jeddah ni kekadang amat memeritkan. Alhamdulillah berkat doa mutawwif dan semua ahli jemaah, ianya selesai dengan mudah dan agak pantas. Pada pukul 10 malam kami sudah menaiki tren ke International departure macam KLIA juga.

Food Area
Di kawasan tengah sebelum ke departure gate masing-masing terdapat satu kawasan rehat dan makan. Ada 2-3 ahli jemaah yang corner ustaz untuk belanja teh/kopi di kawasan makan tersebut. Aku tak pasti samada ia menjadi. Apapun aku dan famili duduk di satu sudut, makan makanan yang dipesan di kedai AlBaik dan minum kopi yang dibeli dari kedai seberang sambil menunggu masa untuk ke Departure Gates.

Sedia Untuk Berlepas

KEPULANGAN DENGAN SAUDIA
HARI KE DUA BELAS. Rabu. 22hb. Pada pukul 00.30 memasuki hari keesokanya kami memasuki pesawat Saudia untuk penerbangan balik ke KLIA.

KATA AKHIR PENUTUP TIRAI

Sebagai pengakhir Memoir, saya dengan tulus ikhlas merakamkan penghargaan yang tak terhingga kepada Andalusia dan lebih-lebih lagi mutawwif kami Ustaz Ammar Hidayat yang telah menjadikan pengalaman Umrah kali ini satu PERSONAL JOURNEY yang hebat dan hanya mampu dinilai oleh ahli jemaah masing-masing melalui apa yang tersentuh di hati, teransang di minda dan tertanam di nurani masing-masing.

Untuk rakan-rakan se jemaah yang telah bersama selama dua belas hari ini, kami sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana membantu menjadikan Umrah ini satu mercutanda hidup kami buat bekalan untuk menempuh hari-hari mendatang dengan lebih berkat insya Allah.

Wassalaamualaikum.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: