HARI KE EMPAT. Dalam perjalanan balik ke Hotel Rawda, Mutawwif Ammar kita telah menunjukkan satu sisi peribadinya yang agak kelakar. Beliau menyatakan bahawa esoknya kami akan bertolak ke Makkah untuk Umrah Pertama.
Kelakar Ustaz.
Katanya jemaah wanita masih sempat lagi shopping abaya pada petang nanti. Jangan risau katanya sebab AbamBayar. Dia juga menceritakan kekagumannya terhadap satu kanak-kanak kecil yang sudah fasih berbahasa Arab. Anak Arab itu katanya lancar sebutannya. Waaagghhh, Ustaz!!! anak Arab sudah tentulah fasih Berbahasa Arab!!!
Pencarian Teh Arab KawKaw
Kami sampai di Hotel pada pukul 11.40pg dan sempat ke Masjid untuk solat zohor. Pada sebelah petang aku dan isteri rayau lagi kawasan international Food Stalls. Aku beli makanan ala Western dengan wedges. Ternampak satu Pakcik Arab yang terkuis-kuis atas meja duduk di sebelahku. Aku hulurkan wedges kepadanya. Waahh.. habis dimakan tanpa menoleh!!! Aku masih tidak puas hati kerana tidak jumpa teh susu Arab kawKaw..

Bila berjalan semula ternampak papantanda Karachi Restaurant. Apa lagi masuk dan pekena teh susu kawkaw.. Sebagai nilai tambah beli juga roti naan dengan daging cincang ala keema. Puas hati kami makan hingga tidak kehabisan. Kami hulurkan bakinya kepada satu keluarga Pakistan di meja hadapan. Habis juga dimakan mereka. Tapi berbanding Pak Arab tadi mereka senyum dan angguk-angguk ganti ucapan terima kasih.
Nabi mengajar kita tentang akhlaq. Yang terbaik di antara umatnya adalah yang mereka yang terbaik akhlaknya. Eloklah kita terapkan amalan beradab sebagai penyeri akhlaq untuk mendapatkan janji Rasul tersebut dan insya Allah memperolehi syafaatnya.





ZIARAH WADAK. BERTOLAK KE MAKKAH.
HARI KE LIMA. Rabu 15hb. Turun ke Masjid awal seperti biasa dan buat amal yang mampu. Selepas makan kami telah hantar beg-beg ke tingkat 12 untuk diangkut dengan bas ke Hotel Safwah di Makkah.
Selesai makan pagi sempat juga aku ke pengurup wang untuk tukarkan RM kepada SR. Abaya belum beli lagi, Abam perlu bersedia untuk bayar, Hahaha…🤣🤣🤣
ZIARAH WADAK
9.30 pagi aku ke Maqam Rasulullah SAW untuk Ziarah Wadak. Jemaah wanita melambai dari luar sahaja. Sebak rasanya bila melalui lorong ke Maqam Rasul dari Pintu No.1 dan melewati Maqam baginda. Sedih, terusik jiwa untuk meninggalkan Bumi Nabi ini dan mengucap salam perpisahan kepada baginda Rasulullah SAW makhluq paling mulia dan disebut sebagai Kekasih Allah.








Kami Datang Ya Allah….
Pada pukul 12.00 tgh kami check-out dan ke Masjid untuk solat zohor berimam dan selepas itu Solat Asar Jamak-qasar. Bas kami berlepas pada pukul 1.30 tgh untuk ke Miqat Pertama; Bir Ali. Di sana kami berniat ihram dan kerjakan solat sunat ihram. Di dalam bas menuju Makkah, Ustaz telah memimpin bacaan Talbiah dengan irama merdu ala kumpulan nasyid. Khusyuk sekali kami bertalbiah bersama Ustaz… “Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah, Aku datang ya Allah”
Nasi Arab Spesial Dalam Talam
Sebelum maghrib Ustaz telah bawa kami berhenti makan malam di satu R&R. Makanan Nasi Arab dengan ayam panggang dihidang di dalam talam untuk 3-4 orang makan. Satu bekas masing-masing diberikan untuk letakkan nasi individu jika kurang enak makan bersama di dalam satu talam. SEDAP SUNGGUH!! WOW!!. Siap makan, plastik alas meja digumpal bersama lebihan dan sisa makanan. Sungguh praktikal. Selesai makan kami solat jamak qasar di ruang solat disediakan.














MEMASUKI MAKKAH
Kami tiba di Hotel Safwah Menara Jam dalam pukul 10 malam. Ustaz meminta kami pungut beg-beg dari tingkat 12 selepas berikan kunci bilik masing-masing.

Pada pukul 11.30 ptg Ustaz telah memberikan penerangan tentang tawaf-sa’i dan bawa kami masuk ke Dataran Kaabah. Hanya kaum lelaki berihram sahaja dibenarkan masuk ke Dataran Kaabah. Di satu sudut tempat simpanan sepatu aku telah simpan selipar aku yang dipakai sepanjang masa berihram.




TAWAF
HARI KE ENAM. Khamis 16hb. 12malam. Dari situ Ustaz telah memimpin kami masuk ke Dataran Kaabah dan sekali lagi kami berkumpul di satu sudut. Tergamam aku melihat Baitullah tersergam di depan mata tanpa selindung. Inilah Rumah Allah yang telah mula dibina oleh Ibrahim as dan arahtuju solat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Allahu Akbar!!!





Ustaz telah berikan penerangan terperinci dan hukum-hukum Tawaf-Sa’i agar tiada masaalah untuk sempurnakan. Walaupun ianya sudah tengah malam, masih ramai mukminin-mukminat mengerjakan ibadah tawaf.
Ustaz Pimpin Tawaf
Satelah selesai penerangan dan semua faham, Ustaz mula memimpin kami melaksanakan ibadah Tawaf Umrah. Langkahnya perlahan dan mampu diikuti oleh kami dengan tenang. Sambil tu Ustaz membacakan doa tertentu pada setiap penjuru pusingan untuk kami ikuti bersama. Dia tidak terganggu dengan pelbagai ragam pentawaf lain yang agak menggugat rasa tenang beribadah.


Tertib Ibadah Yang Dilupakan
Dalam ibadah begini, para pentawaf sepatutnya berjalan dengan tertib dan tawadduk. Malangnya mutawwif-mutawwif luar menggunakan peluang untuk merempuh pentawaf lain sambil melaungkan wirid dan doa unruk kumpulan mereka dengan nyaring. Wajah ke depan, belakang dan tepi mengaturkan jemaah di belakang. Arah bahu entah ke mana. Tapi ianya bukan peranan kami untuk mempersoal mahupun menghukum. Ini adalah Rumah Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dialah yang menerima atau menolak ibadah hamba-hambanya.
Teringat aku kepada Ust Hj Muhammad mutawif kami semasa haji 33 tahun yang lalu. Dia memberitahu bahawa di dalam ribuan sahabat yang tawaf bersama-sama Nabi dahulu tidak ada satupun kaki terlanggar atau bahu tergesel dengan pentawaf lain. Semua merema tertib tawaf bersama baginda Rasul.

IBADAH SA’I
Selesai Ibadah Tawaf Umrah, Ustaz telah membawa kami ke satu sudut untuk Solat Sunat Tawaf. ALLAHU AKBAR!!!. Solat dengan Kaabah di depan mata adalah satu pengalaman indah yang membangkitkan rasa rendah, kerdil diri dan membesarkan Allah SWT.
Selepas itu Ustaz memimpin kami ke Bukit Safa untuk permulaan ibadah Sa’i. Sekali lagi Ustaz mengumpulkan kami dan memberikan penerangan acara ibadah Sa’i. Kali ini wudhuk tidak menjadi syarat sah sa’i dan ianya memudahkan kami.


Menyelusuri Langkah Siti Hajar
Apapun, menyelusuri langkah Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail as dengan Tujuh Perjalanan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah termasuk berlari anak adalah usaha yang memakan kudrat dan tenaga. Bayangkan pada zaman itu, matahari terik di kepala hingga menjelmakan miraj seolah-olah ada air di hadapan. Mengingati perkara ini, hati jadi insaf menyedari besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu kepada Rasul Allah ini.
Kekuatan Isteri
Pada pusingan keEmpat dan seterusnya aku sudah tidak mampu lagi berlari anak di kawasan tiang hijau. Yang mampu adalah heret bodi untuk habiskan langkah-langkah perjalanan Siti Hajar. Isteri yang melihatkan keadaan suami, memegang tanganku dan memimpin, support diriku. Wanita yang lemah menjadi lebih kuat dari Kaum Adam yang kononya gagah bila ia diperlukan. Kasih dan Sayang adalah sumber kekuatan paling ampuh. Terima kasih Sayangku…

BERTAHALLUL
Akhirnya selesailah ibadah Sa’i dan Ustaz telah membawa kami ke satu sudut di laluan sa’i yang agak selesa untuk kami bertahallul. Anakku Nur Izzah Hidayah telah menggunting beberapa helai dari rambutku. Maka sempurnalah Umrah Pertamaku, semoga diterima oleh Allah SWT. Dan ia juga melepaskan kami dari pantang larang ihram. Ustaz memberitahu bahawa tiada program diatur pada hari ini dan masing-masing buatlah ibadah di Masjidil Haram semampunya, rehat atau melawati kawasan kedai untuk keperluan masing-masing.
SELIPAR HILANG… Pasrah
Bila aku ke tempat letak selipar tadi, ianya sudah tiada di tempat simpanan. Puas di cari namun hampa. Aku pasrah dan redha. Ini Rumah Allah. Siapalah aku untuk menuntut hak. Yang hilang itu takdir. Jangan digantikan dengan perbuatan haram mengambil selipar orang lain. Tak apalah berkaki ayam ke bilik hotel. Tak jauh pun. Dan aku ada selipar spare yang lain. Kami tiba di bilik pada pukul 3.00 pagi dan bersiap untuk melabuhkan badan yang dah agak lama menjerit meminta perhatian. Yoko ada. Ubat Tahan Sakit pun ada dibawa. Panadol apa lagi. Tiada masaalah. Rehatlah sayang…zzzZZZZ..
SUBUH DI MASJID al HARAM
4.30pg Anak-anak sedang bersiap nak pergi ke Masjid al Haram. Baru dapat tido satu jam tapi terasa rugi sangat nak tinggalkan solat subuh berjemaah di Masjidil Haram dengan ganjaran 100,000 kali ganda.

KEADAAN BARU
Keadaan di luar adalah terlalu asing dari gambaran 33 tahun dahulu bilamana terakhir aku di sini. Kawasan kelililing Masjid al Haram di penuhi hotel-hotel mewah bertaraf mega dan dataran marmar. Pekerja-pekerja beruniform sibuk membersihkan dataran sambil menarik halangan jenis pagar bersilang untuk memagari kawasan. Muslimin-muslimat bersimpang siur menuju pintu-pintu masuk masjid untuk mendapatkan ruang beribadah.




Pengurusan Ruang
Aku masuk melalui Pintu No.90. Bahagian dalam masjid dibahagikan dengan ruang berpetak-petak yang diasingkan dengan kabinet-kabinet tempat letak al Quran. Di antara petak-petak ini adalah ruang pejalan kaki membolehkan bilangan ramai yang datang segera dapat cari tempat-tempat yang sesuai untuk ruang ibadah masing-masing. Ruang-ruang ini adalah fleksibel dan boleh dipecah atau gabungkan mengikut keperluan. Pekerja ada di segenap sudut membersih dan menguruskan tong-tong air Zam-Zam yang diletakkan di tempat-tempat strategik untuk kegunaan jemaah.




Aktiviti Harian
Inilah aktiviti harian untuk setiap waktu solat ternasuk waktu sebelum dan selepas. Masing-masing menumpukan kepada ibadah masing-masing; solat sunat yang tiada waktu diharamkan di Masjidil Haram, bacaan al Quran, berdoa dan wirid, ratib mendekatkan diri kepada Yang Esa. Yang kurang enaknya adalah mereka yang terguling di sana-sini di dalam masjid menunggu masuk waktu solat fardhu, mengganggu ruang. Adalah agak sukar untuk dapatkan tiang kosong bagi menyandarkan badan sambil membaca al Quran atau sahaja berehat.




Waktu Makan
Biasanya aku akan ke dewan makan hotel pada pukul 7.00pagi kerana ia ditutup pada pukul 7.45pagi. Walaupun begitu bila sudah berada di dewan makan kita dibenarkan terus menikmati hidangan disediakan walaupun sedikit melewati masa yang ditetapkan. Aku dapati bahawa menu di Hotel Safwah Royal Orchid ini kurang setanding daripada Hotel Rawda di Madinah Munawwarah yang amat memuaskan.


MAGHRIB DI BUMBUNG MASJID
Waktu maghrib aku keluar taklah lewat, malah setengah jam lebih awal tetapi semua pintu ke ruang utama masjid ke aras lantai mahupun tingkat 1 sudah ditutup dan jemaah diarahkan menaiki escalator ke aras bumbung. Kawasan ini masih dalam pembinaan dengan kren-kren masih di tapak. Maka solatlah aku di atas lantai marble. Sejuk rasa di kaki. Aku ni memang ada tendency sejuk kaki dan kedudukan atas marble yang sejuk menambah derita urat-sarafku. Apapun kelebihan solat di Masjidil Haram mengatasi segalanya.


Teh Tarik Arab
Selepas solat jenazah aku dah rasakan tak mampu menahannya lagi. Balik ke hotel aku singgah di aras Food Mall dan beli teh tarik panas Arab. “Syai Laban” kataku memesan teh susu. “Teh Tarik?” Tanya penjual. Malu aku Waaarrghh!!!! Teh disediakan dalam gelas kertas dan letakkan di dalam satu lagi bekas menampong kehangatan gelas kertas berkenaan untuk dibawa naik ke bilik. Wow.. KawKaw dan rasa herba teh arab menambah rasa. Nampaknya kalah dah Teh Tarik Mamak 😅😅😅

ISYAK DI BAWAH TANAH
Untuk isyak aku diarah ke ruang solat bawah tanah kerana kesesakan ruang-ruang utama lain. Ikut sajalah. Mereka melaksanakan tugas untuk pastikan jemaah semua mendapat tempat dan terpaksa bertegas. Yang lagi lewat terpaksa solat di Dataran luar masjid.
Petugas Yang Keras
Walaupun mereka agak kasar aku respect mereka. Sebagai bekas Project Manager aku tahu bahawa bahasa dan intonasi arahan amat penting disesuaikan dengan mentaliti mereka yang menerima arahan. Janganlah harap bahawa bahasa kiasan dan nasihat lembut mampu masuk ke kepala mereka yang bertahap ‘labourline’. Mereka hanya faham bahasa herdik, tengking dengan intonasi keras yang sesuai untuk difahami dan laksanakan. Asalkan tidak menjatuhkan maruah mereka akan patuh dengan baik. Maruah pekerja amat penting dijaga. Mereka juga manusia.




LAWATAN GUA HIRA’
Selepas makan malam ada lawatan opsyenal ke Gua Hira’. Aku tak pergi dan hanya share di sini foto yang Ustaz upload di grup whatsapp.





PROGRAM SABIL
HARI KE TUJUH. Jumaat 17hb. Pagini selepas Makan Pagi ada program Sabil yang Ustaz aturkan. Program ini adalah pembahagian makanan dari derma ahli jemaah diagihkan di kawasan tepi hotel arah masuk ke Dataran Luar Masjid.
Ustaz sudah warwarkan sejak semalam dan kami berikan derma seikhlas hati. Makanan disediakan oleh satu Food Outlet berdaftar untuk elakkan masaalah dengan pengawal. Ahli jemaah bersama mutawwif sama-sama agihkan makanan. Ianya sangat berkesan. Kos keseluruhan adalah SY6020. Pahala yang dijana adahah 100,000 kali ganda bagi kawasan Masjidil Haram dan ini tidak termasuk kelebihan hari ini; Jumaat pengakhir Syaaban. Ya Allah, terimalah amal kami yang sedikit ini.








SOLAT JUMAAT
Pukul 10 pg (awal 2-1/2 jam) aku turun ke masjid. Allahu ramainya manusia menyerbu masuk kawasan masjid. Nampaknya bahang hampirnya Ramadhan sudah mula dirasai.




Pintu-pintu ke Aras Lantai sudah ditutup dan aku dihela naik ke Tingkat 1. Cari punya cari dapatlah satu tempat yang agak selesa. Di sebelah kanan aku seorang manusia sedang tidor bersandarkan tiang dan berselimut litup dengan kaki terlunjur hala ke Kaabah. Biarkan…biarkan. Aku buat hal aku sendiri. Nak bersila lebih 2 jam agak berat juga.


Hamba Allah Yang Hebat
Tetiba di sebelah kiriku berdiri seorang hamba Allah berperwatakan dan saiz badan yang sederhana. Dia sedang tekun solat sunat dan tak tengok kanan-kiri walaupun selepas siap. Sujudnya lama dan tetap di posisi tanpa bergerak sedikit pun. Begitulah pergerakannya pada setiap posisi; tetap dan tekun. Bila habis solat sunat dia baca al Quran dengan perlahan, hanya kedengaran seolah berbisik tapi dengan suara yang jelas pada dirinya sendiri. Selepas itu dia solat sunat kembali. Orang yang melangkah kiri dan depan tidak sedikit pun mengganggunya. Doanya juga tampak begitu khusyuk tanpa perlu teresak-esak. Aku kagum dan cuba hayati serta contohinya. Ibadahku masa itu rasanya antara yang terbaik dalam hidupku dalam nilaian sendiri. Syukran ya akhi.. syukran.
Hampir dengan waktu solat dia ke depan dan kelibatnya hilang dari pandangan. Lembaga tidur di sebelah kanan pun tetiba bangun dan keluar, tinggalkan selimutnya selambak di tepi tiang. Azan Jumaat kemudian kedengaran. Merdunya suara azan Makkah. Balik ke hotel aku beli lagi Teh Tarik KawKaw Arab di Food Mall selepas makan tengah hari.
MAGHRIB-ISYAK
Masa maghrib aku keluar agak lewat dari biasa. Aku disambut lautan manusia di kawasan dataran luar masjid. Pintu masuk masjid sudah ditutup dan barricade sedang ditarik oleh petugas-perugas. Terpaksa aku solat di Dataran Luar.




Petugas Kawasan Dataran Luar
Tak lama selepas habis solat termasuk solat jenazah, para petugas mula tarik balik halangan dan menghalau kami yang solat di dataran untuk mencari tempat solat di dalam masjid. “Haji-haji, Hajjah-hajjah.. #<:{@×*&£ !!!” dengan suara keras dan nyaring kedengaran di sana sini. Aku masuk ke dalam masjid ke tingkat satu, kawasan tawaf atas. Kawasan tawaf sudah di pagari dan aku hanya melihat mereka yang tawaf. Terpaksa keluar balik melalui pintu lain dan ada laluan untuk naik ke bumbung. Alhamdulillah solat di bumbung aku isyak ni.
Program Makan Daging Unta Yang Bermasaalah
Selepas isyak ada program ziarah termasuk makan nasi daging unta yang diaturkan ustaz. Sayang sekali ada masaalah untuk bas masuk ke kawasan berhampiran. Satelah pukul 9.30pm tak dapat masuk lagi ustaz bagi kami opsyen samada makan sendiri di hotel / Food Mall atau ambik 4WD transports secara kumpulan kecil dan ke lokasi yang ustaz share di dalam grup. Aku dan famili dah kepenatan dan tegang urat, tak mampu nak ikut. Kami beli makanan di Food Mall dan balik makan di dalam bilik.



PROGRAM ZIARAH LUAR
HARI KE LAPAN. Sabtu 18hb. Harini Ustaz telah maklumkan bahawa Ziarah Luar akan dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Semua jemaah perlu berkumpul di lobi dan bersama Ustaz menaiki bas yang sudah tiba. Pemandunya agak fasih berbahasa Melayu disamping Arab. Dia banyak menggunakan hon semasa mengendalikan bas.
JABAL THUR
8.55pg Kawasan pertama singgah adalah Jabal Thur di mana Rasulullah SAW bersama Abu Bakr bersembunyi di dalam gua sebelum memulakan langkah Hijrah ke Madinah. Melalui satu terowong, Arafah, Mina dan Muzdalifah dilalui sahaja sambil ustaz memberikan penerangan tentang keistimewaan tempat-tempat tersebut masing-masing.







MIQAT ZAARANAH
10.20pg Kami berhenti di Masjid Zaaranah tempat miqat untuk berniat Ihram dan mengerjakan Umrah. Kawasan tandas dan ambil wudhuk amat packed dan kami mengalami kesukaran di situ. Selepas selesai, kami ke masjid untuk melaksanakan Solat Sunat Ihram. Maka bersedialah kami untuk melaksanakan Umrah Kedua di bawah bimbingan ustaz. Di dalam bas Ustaz memimpin sebutan Labbaik dengan sedap dan syahdu. Aku perasan Ustaz agak tersentuh hatinya pada beberapa tempat hingga tidak dapat menyambung bacaan Labbaik. Maka terpaksalah penulis ni menggantikan buat sementara kerana sudah duduk di kerusi paling depan. Makmum di belakang imam memang tak boleh lari dah. Gitulahhh… Tiada rotan akar pun berguna. Tiada buluh perindu suara katak gerong pun tak mengapa 🤣🤣🤣




AKAN BERSAMBUNG KE BAHAGIAN KETIGA 👇
https://mdrazali.wordpress.com/2023/03/26/umrah-andalusia-11-mac-bhg-3/