PERSOALAN
Betul ke ni? Bolehkah seseorang khatam al Quran 2X dalam sehari dengan bacaan yang tertib bertajwid?
Persoalan ini sudah lama berlegar di fikiranku. Aku tidak mempersoal kehebatan Imam Syafie r.h. yang sangat aku kagumi. Walaubagaimanapun setiap sesuatu itu perlu ada asas logiknya untuk dihadam dan percayai.
Biasanya aku hanya dapat habiskan satu djuz yang lancar seperti al Baqarah di dalam masa 45min. Kalau djuz biasa, aku perlukan 1jam. Selepas tu memang penat sangat rasanya dan tak mampu tambah lagi. Dengan masa recharge, aku rasa maksima aku boleh dapat adalah 4 djuz sehari dengan sehabis pulun.
2 x 30 djuz sehari dalam masa bangun? OMG 🤔🤔🤔
Aku telah berbahas mengenai hal ini dengan bekas anak buah aku yang dahulu seorang jurutera dan pernah menjawat CEO dalam syarikat, kini sudah menjadi guru al Quraan dan Qiraat.

Beliau menekankan bahawa FOKUS Imam Syafie r.h. di dalam membaca al Quran sehingga menutup kelas-kelas pengajian yang dibuatnya selama inilah yang menjayakan sasaran. Walaupun begitu ia masih meragukan.

IMAM HAFIZ PAKISTAN
Saya tidak dapat bayangkan kelajuan bacaan untuk 1djuz dalam masa 10 minit sahaja. Agaknya macam keretapi ekspres Bullet Train Jepun kot. Kalau 20 minit tu rasanya boleh dengan bacaan tertib bertajwid.
Saya mengimbas kembali zaman belajar di UK dan solat tarawih bersama beberapa rakan termasuk yang berbangsa Arab di Masjid Pakistan dengan imam seorang hafiz. Semasa membaca al fatihah, cantik saja bacaannya berlagu. Masuk kepada bacaan surah, dia hisap nafas panjang dan terus pecut sampai kelibat huruf pun tak nampak. Kawan Arab tu pun menggeleng kepala tak faham sepatah habuk yang dibaca imam 😜😜😜
PENGALAMAN SEBENAR


SIAPA IMAM SYAFIE

PENGALAMAN AKU SENDIRI
Selepas arwah Nenek meninggal, arwah Ayah ada menjemput sebilangan pelajar pondok dan imam surau berdekatan untuk mengadakan majlis bacaan al Quran untuk khatam. Naskah-naskah satu djuz setiap satu diedarkan untuk dibaca dengan sasaran 2-3 djuz setiap orang.
Seorang darinya adalah imam dan bekas peserta Tilawah al Quran Antarabangsa mewakili Malaysia. Bacaan dan suaranya sangat baik, lancar, tertib dan tak perasan pun laju. Aku membaca dekat dengannya. Aku belum habis satu djuz, dia sudah habis 4 djuz. Aku rasa 20-25min satu djuz. Allahu akbar.

ANDAIAN UNTUK PERKIRAAN
Dari maklumat-maklumat di atas, saya berpandangan kita boleh rumuskan bahawa kelajuan bacaan Imam Syafie r.h adalah 10min satu djuz dengan tertib bertajwid.
ANALISA
Berdasarkan andaian ini, Imam boleh habiskan 6 djuz di dalam masa 1jam. Ini bermakna bahawa masa yang diambil untuk baca secara berterusan tanpa henti untuk khatam adalah 5 jam sahaja. Untuk 2X khatam adalah 10jam sahaja.
Jika Imam hanya perlukan masa 4jam untuk tidur, bermakna bahawa 10jam lagi adalah untuk urusan lain yang tidak membolehkan menyambung bacaan al Quran seperti berbuka puasa, solat, tandas dan seangkatan. DENGAN KATA LAIN MAMPU DICAPAI 💪💪💪
Leave a Reply