PENGALAMAN COVID19

COVID19 DAN MASYARAKAT

COVID19 adalah berita buruk bagi dunia. Kita juga mengharungi cabaran ini. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk Perintah Kawalan Pergerakan yang mengongkong kehidupan harian. Keceriaan kehidupan dengan melawat ibu-bapa, sanak saudara dan tempat-tempat menarik direnggut. Tempat-tempat ibadat yang menjadi ruang keIlahian dan kedamaian tetiba menjadi tempat larangan. Peniaga-peniaga kecil kebuntuan tanpa punca pendapatan. Kerajaan jatuh, digantikan dan jatuh lagi. Kes-kes bunuh diri meningkat. Tetiba pandemik menjadi endemik. Pintu yang ditutup dibuka semula secara berfasa dan keceriaan kehidupan yang kita pernah alami mula dinikmati semula. Kunjung ziarah yang selama ini terhalang mula diamalkan semula secara berhati-hati.

PINTU RENTAS NEGERI DIBUKA

11 Okt 2021. Kebenaran rentas negeri diberikan. 12.00 pagi Nana dari Ampang sudah berada di Tol Gombak dan terus melepasi pintu tol sebaik ianya dibuka.

5.30pg Alarm fon aku berbunyi. Nana bagitahu dia sudah di pintu pagar. Allahu Akbar. Ingatkan selepas subuh baru sampai. Tandaslah destinasi pertama yang diterpa. Cucu-cucu masih tidur dalam kereta katanya. Sekonyong-konyong Aidil tersembul di pintu, malu-malu. Apalagi TokBah pun ‘kerabak’ dan bawa kepada NekWa yang dirinduinya. Aleeya masuk tak lama kemudian. Lama sikit nak break the ice. Bila ditegur oleh Nufayl ‘Aleeya Iman..‘, ya. full name tak lama sudah masuk geng.

CUCU TIME

Cucu-cucu segera masuk geng. Aidil dengan Hannah (beza 2 bulan) dan Aleeya dengan Nufayl (beza beza 6 bulan). Eti dan Famili dari Kepong tiba pada 14hb pukul 1.00 pagi. Bertambah 2 lagi cucu; Alisha dan Maisara. Sekarang 6 cucu sudah ada dan suasana rumah memang amat meriah. Kolamlah menjadi medan mereka bertempik sorak dan menunjukkan aksi masing-masing. Pokok-pokok bunga juga menjadi tumpuan tangan gatal yang merisaukan NekWa.

ZIARAH MENZIARAH

19 Okt 2021. Terima ziarah anak sedara dari JB dengan anak-anak dan CikSu adik ipar yang datang melihat cucu kami yaang terbaharu; lahir 25 Sept 2021. Terkejut juga kerana lama sudah tidak berjumpa. Anak-anaknya yang putih melepak yang turun terlebih awal tidak aku cam pada awalnya.

2hb Nov 2021. Fadhil (Seri Kembangan) dan Nana (dengan anak-anak tapi tanpa Ariff) sampai pada pukul 10.30pm dengan sebuah kereta. Nana dan famili sudah kembali ke KL pada 24hb yang lepas. Kalini baliknya adalah untuk Cuti Deepavali. Keesokannya kami menerima kunjungan besan berdua dari Klang bersama anak-menantu-cucu. Mereka berada di Kota Bharu selama 3 hari dan sempat bermalam. Kami juga menerima ziarah anak sedara dari KL (kedua mereka doktor kerajaan).

Hari-hari sebelum kami diziarahi tetamu tidak diundang, pergerakan dan kontak sosial meningkat mendadak bermula dari Tarikh Kebenaran Merentas negeri.

COVID19 MENZIARAH

6hb Nov 2021. Tetamu yang tidak diingini mendatang. Petangnya kami berseronok makan bersama ala BBQ. Abe Man bawa kambing Pok Mat Western untuk dibakar. Kepuasan masih terasa bila Fadhil bawa naik Antigen Rapid Test malam tu. Katanya Nana ada terasa macam simptom COVID19 dan mahu kami diujisama. Keputusan kami -ve tapi Nana +ve. Esoknya dia di Klinik Kesihatan Penambang untuk Ujian PCR dan confirm +ve. Maka bermulalah babak kuarantin di rumah kami. Seisi rumah dianggap Kontak Rapat dan di arah kuarantin di rumah sehingga tarikh dipamerkan di dalam MySejahtera.

BILIK KUARANTIN

Alhamdulillah pada masa ini bilik di tingkat bawah sudah siap dibesarkan dan lengkap dengan bilik air dan pendingin udara. Bilik yang kami cadangkan untuk menyambut kedatangan cucu terbaru sekarang menjadi bilik tetamu dan mula digunakan oleh besan kami. Bila diziarahi COVID19, jadilah ia bilik kuarantin, seolah-olah kami besarkan bilik dengan kos yang agak lumayan ini sebagai menyambut penyangak halus, ganas ini.

Nana berseorangan di bilik kerana anak-anak sudah agak besar dan tidak sangat memerlukan sangat perhatian ibunya. Aidil dan Aleeya bersama kami, tidur dengan kami. Makanan di hantar setiap waktu dengan diletakkan di luar pintu. Kekadang bila perlu berkomunikasi, mesyuarat tingkaplah jalannya selain dari melalui Whatsapp. Nana hanya keluar pada tengah malam bersenjatakan Dettol Sanitiser Spray satelah semua masuk tido. Begitulah kami menjaga kuarantin. Memang benar-benar jaga.

Ujian PCR terpaksalah dibuat di Klinik Kesihatan untuk sekeluarga kerana kami termasuk golongan Kontak Rapat. Keputusannya adalah semua -ve, alhamdulillah.

PULANGNYA SANG SUAMI

Pada malam 12 Nov, Ariff sampai. Agaknya dia tidak dapat bertenang di KL, mengetahui isteri terkena COVID19 dan anak-anak tidak dapat bersama ibunya. Terpaksalah dia tidur di luar kerana semua bilik sudah dihuni. Alhamdulillah dia OK sahaja. Kami pun rasa lebih gagah dengan adanya Ariff yang ringan tulang. Dia akan pastikan anak-anak makan setiap pagi, tengah hari dan malam dengan menyediakan makanan dan menyuap.

COVID19 MEREBAK

14 Nov adalah hari menempah pengalaman baru bersama COVID. Isteri merasai keletihan dan pelik kerana hilang deria bau; tidak dapat bau sabun dan minyak angin pun. Ujian Antigen Rapid menunjukkan aku dan isteri +ve. Kami ke Klinik Kesihatan untuk membuat ujian PCR dan esoknya kami disahkan +ve. Maka episod kuarantin di tingkat atas pun bermula.

Anak-anak terus mengambil peranan dan kami dihantar makan minum secara berkala mengikut jadual makan harian, malah lebih tepat lagi dari kebiasaan.

PENGALAMAN MELALUI KUARANTIN BERLANJUTAN

Pengalaman melalui hari-hari kuarantin secara keluarga telah saya blogkan seperti rantaian di bawah.

BERSAMBUNG

22 Nov adalah hari ke sembilan kami kuarantin berdasarkan tarikh mula dikesan. Maka pagi ini kami sudah berani turun ke bawah dan memulakan episod baru kuarantin di rumah. Masa mula turun Nufayl nampak agak terpinga dan melihat aku dengan satu macam pandangan. Segera aku ambil dan dan emosi sangat dia, terdakap erat denganku tak mahu melepaskan…

Dengan bebas atas-bawah, dapatlah aku melakukan kerja-kerja rumah yang agaka tertunggak; membersih kolam, waterjetting kawasan porch dan yang berjubin, baiki sana-sini, modify itu-ini..

ARIFF DAN ANAK-ANAK BEBAS

23 Nov, Giliran Ariff dan anak-anak pula bebas turun bawah. Apa lagi geng lama kamceng bertaut kembali dan projek memetik sana-sini, buang itu-ini, alih barang sana-sini dan berlarian keliling rumah kembali mewarnai suasana Rumahku Syugaku. Akan hilang kah suasana begini di syurga nanti? Adakah ia hanya kenikmatan berterusan???? Allah Lebih Mengetahui dan Lebih Bijaksana.

EPISOD BARU – KAK LONG

24 Nov adalah hari terakhir kuarantin kami. Esok gelang pink lawa ni yang sudah terasa gatal di kulit akan dipotong. COVID19 nampaknya masih mahu bergurau. Kak Long pula di dapati +ve bersama dengan Nufayl. Maka tertunda lagilah tarikh penerbangan balik dia ke Tawau, Sabah. Oleh kerana kami sudah pun pesakit COVID19, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada status kuarantin kami. Adik, Mamachu yang -ve dikira sebagai Kontak Rapat dan bertambahlah 10h lagi kepada tempuh Kuarantin Rumahnya. Kami potong gelang pada 25 Nov di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

27 NOVEMBER

Hari ini adalah hari terakhir kuarantin Haziq dan dia sudah turun ke bawah dan mampu melayan anak-anak sepenuhnya bila terluang. Nana dan keluarga pula bertolak pulang ke KL dan yang masih ada di rumah adalah Kak Long sekeluarga. Di harap Mamachu masih mampu bertahan dan tidak berubah status kepada +v.

Syukur alhamdulillah kerana kami sekeluarga mampu melalui fasa bahaya ini dan kembali kepada keadaan sebelumnya. Syukur kerana kami tidak terikut-ikut dengan golongan anti-vaksin yang lebih percaya kepada berita-berita media sosial daripada yang rasmi dari KKM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: