PANTAI NUSUK

INTRO DAN LOKASI

Selepas selesai menghantar menantu ke Lapangan Terbang hari ini, 2 Okr 2021 kami cuba mencari satu pantai baru yang diceritakan oleh anak saudara minggu lepas; Pantai Nusuk. Namanya adalah kerana kedudukanya yang tersorok. Nusuk itu adalah tersorok dalam dailek Kelantan.

Mengikut pandu arah anak saudara, kami menuju arah ke Pantai Dasar Sabak melepasi jambatan berhampiran dengan Acutera, tempat menikmati keropok dan ikan celup tepung, sehingga simpang T dan belok kiri arah ke Pantai dan kanan pula sehingga sampai kepada pangkalan ikan. Ke kanan adalah ke Masjid ar Rahman dan ke kiri adalah ke Pantai Nusuk. Ada papantanda kampong dari situ sehingga ke lokasi. Hari ini jalan sibuk dengan kenderaan pelbagai jenis melalui jalan yang agak sempit.

Sampai di lokasi terdapat satu kedai dinamakan Kedai Nusuk dan ada kawalan untuk memasuki kawasan pantai persendirian ini dengan harga RM2 sebuah kenderaan. Amat berbaloi rasanya.

PANTAI NUSUK

Di dalam kawasan yang terkawal sudah ada deretan kenderaan. Kami masuk perlahan dan mendapati ada tempat yang baru dikosongkan dan berhenti di situ. Cucu-cucu tidak dengan pakaian bermain pantai kerana kami hanya terfikir selepas untuk ceriakan mereka selepas baru berpisah dengan abah mereka di airport. Adalah papan-papantanda yang menjelaskan tempat berkenaan dan permainan swing.

KEADAAN PANTAI

Keadaan pantai adalah landai dan airnya tenang. Ia amat sesuai untuk anak-anak mandi manda, Tak tahulah samada airnya terasa masin sangat macam pantai berdekatan. Airnya boleh tahan jernihnya tetapi tidaklah boleh dibandingkan dengan air di pulau.

Pantai ini terletak di kawasan yang agak berteluk kerana di situ tiada batu-batu penambak pantai. Ianya terputus di kawasan pantai tanah persendirian ini. Bila bersembang dengan pemilik premis ini selepas itu, dia memberitahu bahawa ada bariusan batu di tengah laut dan menunjukkan di tempat yang airnya kelihatan biru gelap. Dengan adanya batu di sana, air di pantai ini menjadi tenang.

PENGUNJUNG

Kebanyakan pengunjung nampaknya asyik berpiknik. Inilah nampaknya aktiviti keluarga Kelantan. Tidak nampak keluarga yang aktif bersukan pantai macam di luar negara. Setiap kawasan yang teduh ternampak hamparan tikar dan kaum ibu-anak menghurung makanan.

JALAN-JALAN MENIKMATI KAWASAN

Dah sampai tu kami ambillah peluang bermain dengan cucu di tepi pantai sambil menikmati apa yang ada.

SEMBANG-SEMBANG

Oleh kerana sudah tengah hari dan terasa dahaga kami pergi ke Kedai Nusuk untuk beli air dan keropok. Terdapat dua orang yang duduk di meja di kedai dan kami menyapa bertanyakan samada kedai ada jual makanan. Dia kata belum lagi. Rupanya dialah pemilik kedai dan tanah pantai ini. Banyaklah ceritanya. Katanya pantai ini sangat damai dan selamat untuk anak-anak. Dia akan pengawal pantai yang meninjau keadaan. Dia juga tidak membenarkan geng motosikal memasuki dan membisingkan dengan press motor kata orang di sini.

Katanya kedai akan dibuka pada 10 Oktober nanti. Pantai ini mula dibuka pada 16 Sept lagi dan banyak lagi yang dirancang untuk memperelokkan kawasan. Katanya waktu pagi paling cantik dan tenang. Aku utarakan agar bekerjasama dengan Masjid ar Rahman berdekatan yang sudah menjadi tempat tumpuan. Selepas selesai solat dan zikir ajak menikmati matahari naik di pantai ini. Kami seronok berbincang kerana dia sangat peramah.

Apapun kami ucapkan salam dan berundur dari situ. Sebelum balik pekena dulu mee celup di Kak Za Sup Dasar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: