MAKAN TENGAH HARI DI SINGGORA HOMESTAY

TERIMA KASIH KAK LONG

Semalam merupakan satu pengalaman makan tengah hari ala kampong ulu, ya, kampong yang benar-benar kampong. Makanannya memang unik dan menyelerakan… well cekali cekala bolehlah 😅😅😅. Settingnya ada hampir sama dengan Castella Cafe di Grik. Yang bezanya di Castella boleh makan di atas meja buluh di dalam sungai dengan makanan kampong Perak.

JALAN MASUK

Kami pergi dengan 2 buah kenderaan, dengan Haziq menantu yang pandu arah jalannya. Bermula dari rumah kami melalui Jalan Long Yunos dan masuk ke Jalan Tg Mohd Maasum depan Pejabat Pendidikan Kota Bharu. Selepas jambatan Sg.Bunut Payong, dalam beberapa ratus ela, masuk simpang kanan melalui jalan kampong. Tak lama masuk lagi ke kanan sehingga simpang masuk ke Singgora. Jalannya sempit dan kalau berselisih, sebuah kenderaan perlu bagi laluan di tepi. Deretan kereta berada di jalan masuk ke Singgora. Alhamdulillah dapat parkir.

Tuan pemiliknya adalah yang berpakaian ala pendekar kampong dengan semutal di kepala. Ramah mesra orangnya dengan perwatakan ala penghulu. Dia menjemput kami. Kak Long minta tukar tempat untuk makan di kawasan yang agak tersendiri di celah pokok-pokok rendang termasuk rumpunan bamboo, di tepi alor. Di tepinya ada sinki dengan paip dari batang buluh.

Tuan kedai ramah melayan kami dan mencadangkan beberapa menu benar-benar kampong. Maaflah tak pandai nak gambarkan dengan perkataan 😅😅😅.

Dan last sekali dengan jering rebus nyior parut muda… perrggghhhh 😋😋😋😋 Aku yang tak makan jering ni pun balun 2 keping.

SUASANA

Memang sangat menyeronokkan makan masakan kampong di dalam suasana sebegitu. Di sebelah atas ada petak di bawah rumah dengan pameran foto-foto lama yang menarik. Ianya seakan kedai Jaman Tori di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Di sebelah atas sedikit adalah tempat makan di atas wakaf. Sinki dengan paip buluh dan stand pipe dari kayu buruk menghiasi tempat.

Di sebelah bawah ada satu lagi ala wakaf berbumbung di tepi alor dan rimbunan pokok bamboo.

Sedang kami menikmati makan, hujan mula merintik. Kami bertahan dahulu sebab air tidak masuk makanan. Bila ia mula bertambah lebat, kami segera pindah ke atas wakaf dan sambung di situ. Si jalak pun berlegar-legar di bawah, menambah lagi seri suasana. Biarlah gambar berbicara…

BERSURAI

Hari sudah hampir 4 petang. Tetamu yang lain sudah lama beredar, cuma satu keluarga yang sampai lewat sahaja masih ada. Kami pun mula mengangkat punggong yang nak melekat kat lantai wakaf. Dengan mengeluh kepuasan kami melangkah keluar. Tapi di zaman ini kalau tak dirakam foto memang tak sah. Tuan kedai pun ramah offer ambil gambar kami. TERIMA KASIH.

TEH BENG POK MAT

Dan sebagai penyudah kenalah pekena teh tarik beng Pok Mat. Dia ada buka kereta tolak di depan TESCO. Fuhhhh… Memang satu penyudah jamuan yang sungguh istimewa.

RIBUT PETANG

Bila sampai di rumah, badan rasa keletihan sangat tapi hati terasa puas. Hujan ribut yang turun kencang meniup ke celah tingkap rumah pun tak mampu menggugat kepuasan ini. Pasang Hindi:Bell Bottom starring Aksay Kumar seround sambil melayan rasa. ALLAHU AKBAR. SYUKUR di atas nikmatMu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: