LINK TO YOUTUBE
HOME VIDEO TUTORIAL #01
Ini adalah pengenalan kepada asas mengapa setiap keluarga perlu mengambil inisiatif mendokumenkan foto-foto yang dihargai yang mempunyai elemen emotif yang tinggi ke dalam bentuk video. Tutorial ini bertujuan menunjukkan jalan bagaimana saya telah lakukan untuk keluarga saya. Momen-momen yang terrakam di dalam foto-foto dan klip video keluarga adalah harta pengalaman yang tidak akan dapat digantikan. Kehilangannya adalah kehilangan kekal sedangkan kehilangan harta boleh dicariganti. Ia adalah Khazanah Pengalaman Keluarga.
HOME VIDEO TUTORIAL #02
Tutorial ini menerangkan konsep asas dan relative importance setiap aspek tersebut di dalam pembikinan Video Keluarga, iaitu; Input, Emotional Content, Kemahiran Aplikasi dan Kesesuaian.
Penghuraian mendalam 4 Tahap Kesesuaian untuk tontonan Peribadi, Keluarga Muhrim, Keluarga Umum dan Awam dan apa yang perlu dijaga di dalam setiap satu agar tiada elemen yang hanya sesuai untuk Keluarga Muhrim dimasukkan ke dalam Video untuk Keluarga Umum atau Awam.
HOME VIDEO TUTORIAL #03
Tutorial ini menerangkan tentang Pengurusan Fail dan Penamaan Semula fail foto dan video mengikut konvesyen agar mudah dicari dan digunakan untuk penghasilan Video Peribadi/Keluarga.
HOME VIDEO TUTORIAL #04
Perbandingan Aplikasi, Penggunaannya dan Penghasilan Video Mudah
Di sini saya memaparkan perbandingan perisian dari Majalah Antarabangsa. Perisian Cyberlink Power Director adalah satu dari Editor’s Choice kepada Enthusiasts. Ianya mudah digunakan dan saya tunjukkan di sini dengan terus menggunakan aplikasi ini bagi menghasilkan Video Mudah. Tapi janganlah pandang sebelah mata. Kalau Video Mudah setahap ini sudah mampu dihasilkan dengan tutorial pendek ini, apatahlah dengan 4-5 tutorial yang akan datang.
Insya Allah saya akan cuba menurunkan ilmu yang saya ada di sini untuk anda semua memahatkan Khazanah Pengalaman Hidup anda ke dalam media yang boleh ditonton berulang kali bersama keluarga. STAY WITH ME. (FB text)
HOME VIDEO TUTORIAL #05
Penerangan konsep Storyboard dan penggunaannya untuk meningkatkan content Video Mudah yang telah terhasil di dalam Tutorial No.4. Video Mudah Penuh ini dihasilkan dan tunjukkan di akhir Tutorial.
HOME VIDEO TUTORIAL #06
SKILL IN APPLICATION
Video ini mendedahkan kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan di dalam penggunaan aplikasi suntingan video bagi menghasilkan Video yang baik dan senang ditonton bersama sanak keluarga. Saya telah menunjukkan cara ia digunakan ke dalam Video Mudah San Telmo untuk menyiapkan Video berkenaan. Video lengkap ini ditunjukkan di akhir Tutorial bersama Nota Akhir.
HOME VIDEO TUTORIAL #07
PENINGKATAN KEMAHIRAN APLIKASI
HOME VIDEO MAKING TUTORIAL TUTORIAL NO.7
Tutorial ini mendalami kemahiran asas yang telah didedahkan di dalam Tutorial Nos 4 hingga 6 dengan memfokus kepada Slideshow yang terdapat di dalam Perisian Power Director. Pelbagai Stail Slideshow digunakan untuk foto-foto yang sama untuk membandingkan output dari penggunaan stail-stail berkenaan. Dengan ini pembaca akan dapat merasai stail yang mana paling sesuai mengikut jalan perceritaan video yang sedang dihasilkan.
HOME VIDEO TUTORIAL #08
TRANSITION
Tutorial ini mendalami aspek Transisi (Transition) di dalam pembuatan video. Ia menunjukkan transition yang dibuat secra keseluruhan, dibuat secara rawak dan keseluruhan dan juga yang secara rawak tapi terhad kepada yang terdapat di dalam Favourites Folder.
Saya juga menunjukkan Customisation kepada transition yang dijana secara sistem untuk lebih personalisekan video anda. Beberapa jenis transition yang menarik ditunjukkan.
HOME VIDEO TUTORIAL #09
FRAME ANIMATION
Tutorial ini saya bentangkan bagaimana membuat Frame Animation. Oleh kerana ianya tidak dapat dibuat dengan software biasa saya, saya telah beralih kepada Corel Visual Studio untuk menerangkan proses membuat Frame Animation ini. Ia adalah satu dari ciri yang dapat meningkatkan kualiti Video anda untuk menyampaikan mesej.
HOME VIDEO TUTORIAL #10
FRAME ANIMATION II
SIRI 11: HOME VIDEO MAKING – YEARBOOK VIDEO
Perkongsian ini menerangkan cara menghasilkan Yearbook Video, iaitu; satu tahun peristiwa keluarga diabadikan di dalam satu Video Keluarga. Ia menggunakan teknik Video Collage di dalam Power Director. Perisian lain mempunyai caranya tersendiri.
Leave a Reply